Saturday 27 February 2010

Marhaban ya Rasulullah!!!!

Sedari saya kecil (secondary school) sering saja menghadiri diri ke perarakan Mauludur Rasul... jarang missed... hujan...panas.. tak ada kenderaan.. tak pernah jadi penghalang...

pernah dulu saya tertinggal bas sekolah untuk menghadiri perarakan.. berkarih naik bas berbayar... dulu tambang dia hanya $1.00... tapi bagi penunut itu adalah jumlah besar.. belanja sekolah sehari... tapi Alhamdulillah... bas conductor cakap.. hari ini FREE... sempena mauludur Rasul.. sal dia pun hendak ikut berarak jua...

kenangan manis hehee... ada date dengan kenalan perempuan..hahha... apalah dating masa maulud... berdosa.. tapi itu masa remaja..,..namun bila berjumpa.... diam seribu bahasa... dari awal hingga akhir... tak berkat...haha.. dlm talipon bukan main mesra.. tapi bila dah berjumpa..lidah kami kelu untuk berkata...

hmm... kenangan tak bisa dlupakan... tapi itu kesah 20 tahun yang lalu... dah lama dah...


btw... selamat menyambut keputeraan Rasulullah... semoga kitani semua mendapat SYAFAAT baginda... AMINNNNNN!!!!!...

Tuesday 16 February 2010

Jazam Nurun Nabuwuah

Alhamdulillah.... saya dah jazam Nubuwuah selepas Isya... syukran... wah!... begitu berat nya dugaan kelmarin.... saya terlalu marah kelmarin... terasa wajah saya begitu panas menahan marah..umpama gunung berapi nak meletup..

tapi syukur lah saya dapat menahannya dengan solat dan berzikir hingga tak ada kesempatan untuk marah...

Saturday 13 February 2010

Nurun Nabuwuah (Pengelaman diri sendiri)

Setelah beberapa lama mengamalkan Nabuwuah... ada cobaan menimpa salah seorang kawan yang sama-sama berguru... dia ter difitnah oleh orang bawahan dia dan dibawa bicara di mahkamah...

tak ada daya nak tolong kawan tersebut... tapi dia cakap minta doakan saja... dia dengan amalannya Haikal dan saya membaca Nabuwuah...

hebat!!!... mahkamah sering saja postponed untuk bicara... beberapa kali di batalkan kerna.. peguam tak adalah... fail tak da lah.. dan mcm2... akhirnya kena postponed higga further notice...


Friday 12 February 2010

Nurun Nabuwuah (pengelaman guru)

Ramai dah blog menceritakan fadhilat Nurun Nabuwuah nie... saya nak cetakan sikit ja...

Saya mengambil Nurun Nabuwuah dari seorang Ustaz (lupa nama nya).. berasal dari Acheh... beliau mengembara ke tempat saya setelah pondok dia musnah terkena musibah Tsunami... Dia bersama seorang anak murid dia dtg berkelana membawa diri...

yang paling hebat ialah anak murid dia yang bersama dia... isteri dan anak murid tersebut telah hilang entah kemana dibawa ombak Tsunami... dah ditakdirkan dia hidup sedangkan sebelum kejadian tersebut..mereka bersama-sama keluar rumah... ketika hendak start motor.. rupanya kunci tertinggal dirumah... lalu murid tersebut masuk balik kerumah...

ketika dia di dalam rumah... ombak datang membawa isteri dan anak dia bersama... murid tersebut terselamat oleh kerna kunci tertinggal di rumah... memang dah takdir Allah.. dia hidup untuk menceritakan betapa ngerinya cubaan tersebut... saya dan kawan pun menitiskan air mata mendengar cerita beliau...

Ustaz ada menceritakan serba sedikit kelebihan Nurun Nabuwuah.. kehebatannya terserlah semasa Tsunami tersebut... mana-mana rumah yang ada ayat Nabuwuah telah terselamat dari dimusnahkan oleh Tsunami... wah! hebat..apalagi... jika pengamal Nabuwuah.. inshallah akan dilindungi selagi belum ajal menjemput...

saya ingat... saya dan kawan bersusah payah mencari guru yang mengamalkan Nabuwuah... setelah mendengar cerita di atas.... mungkin rezeki kami berjumpa ustaz yang saya tersebutat... beliau sendiri menulis ayat tersebut di atas kertas dan mengijazahkan kepada saya... beliau menyarankan mebaca 3, 7 dan 21 kali...

hehe..tapi saya hanya mampu membaca sekali lepas solat...


Thursday 11 February 2010

Petua Kesihatan bagi Lelaki

Petua yang saya petik dari http://desirombak.blogspot.com/


1. Petua awet muda & kesihatan

Amalkan minum air putih/mineral sebaik saja bangun dari tidur.

Sila Baca, teguk air pertama: i) Bismillahhirrahmaanirrahim
teguk air kedua : ii) Lailahaillallah
teguk air ketiga : iii) Alhamdulillah
..dan terus habiskan baki air yang selebihnya. InsyaAllah.

2. Amalkan mencuit/merasa sedikit garam sebelum makan. Ini baik untuk kesihatan perut.

3. Amalkan memakan/minum sedikit madu asli setiap hari.

4. Jangan kencing berdiri, biasanya air kencing tidak akan tos habis dan ianya juga boleh melemahkan anu anda.

Seterusnya amalkan senaman tua setiap pagi sejurus saja bangun dari tidur. Ini sebahagian dari senanaman tua, bahagian terlentang. Baik untuk pinggang, kaki dan regangan saraf-saraf utama sekaligus membolehkan anda "mengangkat" dua biji kelapa...TuuuUuuutttttt...


Senam 1

-Tarik nafas, tegakkan lutut dan angkat pinggang keatas

-Tahan nafas untuk seketika, lepas nafas dan turunkan pinggang kebawah secara perlahan-lahan

- Ulang beberapa kali




Senam 2

-tarik nafas, angkat lutut silangkan kaki dan tarik kearah badan sehingga kedudukan punggung ternaik sedikit.

-tahan nafas seketika, turunkan kaki perlahan-lahan sambil melepaskan nafas

-ulang beberapa kali




Senam 3

-Tarik nafas, angkat kaki dalam betuk L, jatuhkan kaki kesebelah kiri perlahan-lahan (tanpa mengerakkan kepala) dan lepaskan nafas

-Ulang sekali lagi disebelah kanan.

-Ulang beberapa kali




Senam 4.

-Tarik nafas, angkat kaki lurus dan gerakkan pergelangan kaki.

-Lepaskan nafas, ulang beberapa kali.


Sekian, sedikit ilmu untuk dikongsi bersama....Adioooss

Wednesday 10 February 2010

Jazam Nurun Nabuwuah

Dah jadi amalan mebaca Nurun Nabuwuah selepas solat Fardhu... sekali sahaja... saya rasa doa NN ini begitu lengkap sekali.. mohon perlindungan.. permintaan dunia.. penolakan yang bathil... penolakan fitnah orang2 kafir...

start hari ini.. saya amalkan 20x setiap lepas solat... mengikut kafiat yang diberikan oleh tok Belagak... berat jua rasanya 20x selepas solat fardhu.. solat yang sukar ialah zhuhur, Asar dan Maghrib... saya paling suka selepas solat Subuh... tenang dan tak mengantuk..

pada hari pertama jazam.. begitu sukar..mungkin inilah cubaan yang harus di jalani... belum biasa mungkin jua... saya boleh menghabiskan 20x NN dalam masa 28 minit ke 35 minit... yang paling sukar ialah Konsentrasi.. hmmm fikiran sering jauh melayang atau tidak pun terlelap...hehe.. ulang lah jawapanya tu