Sunday 23 May 2010

Tok Belagak vs Mail Kacip

Tok Belagak lawan Mail Kacip

kedua-duanya mempunyai pengaruh dalam dunia perubatan.. punyai gaya tersendiri... anak murid pun dah ramai sana sini...

saya jua tak terlepas dari pengaruh kedua-duanya... namun... setelah diselidiki kedua-duanya.. Tok Belagak lebih kuat pengaruh kepada saya... saya suka dia begitu transparent akan sesuatu ilmu... dan dapat diterima akal orang-orang awam seperti saya...

bagi orang awam yang tak pernah tahu mengenai ilmu batin...maka mereka mungkin terkejut dgn cerita d dalam blog tok belagak... tapi bagi saya tidak... saya dah lama terdedah dengan ilmu kebatinan sedari kecil lagi... walaupun dulu saya tidak percaya kerana terlalu muda untuk mengerti...

saya bukan hendak memihak kepada tok belagak... tetapi untuk menuduh ilmu tok adalah bathil sama sekali tidak masuk akal... segala bacaan dan pendapat tidak melanggar hukum hakam islam...bacaan yang diajar sumbar dari Al-Quraan dan Sunnah dan imam2 sunah waljamah..

sedangkan mail kacip... perkataan membunuh iblis itu dah seperti lari dari pelajaran yang saya terima dari dulu hingga sekarang... iblis dah merayu kepada Allah untuk memanjangkan umurnya hingga kiamat... siapa kita hendak membunuh iblis/syaitan?

doa atau amalan menjauhkan hasutan iblis/syaitan memang ada... tapi untuk membunuh tak pernah saya dengar sehingga masuk ke blog mail kacip..SubhanAllah... maha suci Allah...

maaf.. saya bukannya pakar bahagian pengkritik atau penulis... hanya menulis sesedap hati dan mood..haha

semoga kita semua dijauhi dari ilmu bathil...

Saturday 22 May 2010

Cabaran Tok Belagak

Cabaran Tok Belagak kepada Mail Kacip... 123 komen

"
suatu cabaran kepada Ismail Kacip. Den scan anda sebagai orang yg bermasalah mental. Sekarang sedang merayau rayau di Kota Kinabalu setelah di halau dari rumah pesakit apabila ingin membuang sihir dengan kaedah memandi pesakit dengan air kencing.

Hentilah membawa parang dan kacip tu....

Kalau anda ingin bertemu dengan DEN silakan mengisi ilmu sebanyak banyaknya...sebab tahap anda di bawah tapak kaki kiri den aje...
Kepada muridnya yg menulis iklan Mail Kacip...sila sampaikan cabaran DEN....


Oi...mail kacip..apsal nak membuang hantu raya sekor kat rumah pilot sampai 4 jam...itupun habis ko bakar hiasan 3 qul, tikar, cadar anak2 dia yg ada gambar minnie mouse..dan bakar kat puncak alam....kata muleh bunuh iblis....takan hantu raya pun terkentut2... Tanya le pilot tu...sekali kaut je DEN buang....


Ajaran sesat yg anda bawa yakni nak buang iblis , syaitan , jin, khannas dan lain2 dengan hanya berak di tandas...ko giler ke....

Islam adalah cara hidup yg menekakan priinsip Taharoh samada zahir atau batin. Anda gagal bab Taharoh mungkin kerana anda selalu amal mandi air kencing untuk penyucian diri..mungkin kaedah anda melihat kebersihan begitu. Namun jika ingin berjumpa DEN pastikan anda gosok gigi."

Thursday 20 May 2010

bila esok ayah dah pergi

Anak-anak ayah

Dengar betu-betul pesan ayah

Lepas ni tak boleh cakap dah

Apabila kelu mulut dan lidah


Sekiranya esok ayah pegi

Jangan le anak ayah tangisi

Tapi kalau sedih di sanubari

Itu tanda anak ayah tetap dihati


Nabi dulupun sedih juga

Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga

Tapi jangan nangis lama sangat

Banyak benda anak ayah kena buat


Sedih lama sangat ayah tak mahu

Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu

Ayah nak jumpa Dia

Ayah menyahut seruan Nya


Mula-mula sekali

Pasal solat sudahlah pasti

Kena buat setiap hari

Jangan abaikan walau sekali


Anak-anak ayah kena janji

Kena jaga diri sendiri

Ayah serahkan anak-anak pada Allah

Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah


Anak-anak ayah

Mama tu kena le dijaga

Waktu susah waktu selesa

Selama ni dia dah berjaga

Membesarkan kamu semua


Kata-kata mama jangan dilawan

Ayah tak de nak dibuat kawan

Lagi satu ayah nak pesan

Mama nak kahwin sila izinkan


Bila ayah dah pergi

Ayah dah tak de sapa-sapa

Kalau anak-anak ayah sudi

Doa-doakan ayah kat sana


Kalau anak-anak ayah simpati

Kirim-kirimlah fatihah

kalau ayah dekat dihati

Rajin-rajinlah bersedekah


Bukannya apa

Ayah dah tak de apa

Amal pun tak seberapa

Dosa yang bertimpa-timpa


Doa-doakanlah ayah

Semoga Allah tak marah

Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah

Soal jawab diharap mudah


Anak-anak ayah dah tahu dah

Ayah nak anak-anak ayah

Jadi hafiz dan hafizah

Jangan hampakan harapan ayah


Nanti bila ayah dah pergi

Anak-anak ayah jangan kelahi

Harta dunia ni macam daki

Semua orang boleh cari

Yang ada tu pakat le kongsi


Amalan setiap malam jangan dilupa

Surah Al Mulk Sejadah selalule baca

Solat malam diteruskan juga

Walau terpaksa bersengkang mata


Al quran dan Sunnah jadi panduan

Ayah ingatkan sebagai bekalan

Tinggalan oleh Rasul junjungan

Buat umat sepanjang zaman


Kawan-kawan ayah tolong beritahukan

Orang bawahan orang atasan

Segala silap tolong maafkan

Maklum le ayahkan Cuma insan


Hutang ayah tolong selesaikan

Guna duit ayah dalam simpanan

Yang baki tu bahagi2kan

Untuk yg hidup jadi bekalan


Ingat le anak-anak ayah nak kata

Pesan ni mesti dikota

Hidup jangan bersengketa

barulah kita tidak derita


Sekian saja pesanan ini

Untuk yang hidup dari yang mati

Ayah ni jangan dilupai

Lawatlah ayah jengukle sesekali


Di pusara ayah menanti

Amal sedikit temani diri

Wasiat ayah sila turuti

Supaya hidup bahagialah diri


p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa..

TOK BELAGAK DARUL SAKA ADALAH BATHIL?

untuk makluman article ini berasal dari blog Mail Kacip... betulkah ilmu tok belagak adalah bathil?... anda boleh nilai sendiri siapa sebenarnya bathil... baca ulasan saya pada article 22 dan 23 May 2010...

"Untuk pengetahuan umum saya telah beberapa kali menyeru tok belagak untuk berjumpa dan berbincang berkenaan Ilmu Haq dan Ilmu Bathil. Tujuan saya mengajak tok belagak berbincang adalah hendak menunjukkan jalan keluar dari kebathilan dan mengambil yang Haq sahaja.

Ilmu yang diajar oleh tok belagak banyak yang bathil jika tok belagak tak disedarkan maka akan bertambah ramai lagi manusia akan terjerumus kelembah kebatihalan angkara tok belagak. Tok belagak mendakwa boleh buang saka tetapi hakikatnya saka itu tidak juga pergi malahan tok belagak sendiri ada saka besar yang masih ada dalam dirinya. Sebenarnya tok belagak tak tahu cara yang betul kaedah membuang saka. Saya hendak menunjukkan kepada tok belagak kaedah yang betul-betul berkesan untuk membuang saka namun respone dari tok belagak amat negative malah mencaci, menghina, memperlekeh dan memperolok-olokkannya. Kebanyakan ilmu yang di ajar oleh tok belagak berbentuk sihir seperti ilmu pengasih dan banyak lagi.

Banyak setan dan kuncu-kuncunya telah menjadikan tok belagak sarang markasnya kerana ilmu dan amalan tok belagak yang salah. Sesiapa saja yang berguru dan mengambil ilmu dari tok belagak maka setan dari tok belagak akan mengikut orang yang belajar dan mengambil ilmunya. Setan akan terus membiak dan menjadikan pengikutnya markas baru. Oleh kerana tok belagak tidak keluar dari kebathilan maka apa saja perkara dan ilmu tok berlagak adalah kotor walaupun ada juga ilmu yang nampak baik dari tok belagak maka ia tetap bersetan. Sebagai contoh bekas yang telah digunakan berisi racun jika tidak di basuh dan dikeluarkan racunnya kemudian digunakan pula untuk mengisi susu maka sesiapa saja yang minum susu dari bekas tersebut akan keracunan. Tok belagak sangka ilmunya betul hakikatnya adalah bathil.

Tujuan saya membuat kenyataan ini adalah semata-mata untuk memberitahu kepada umum betapa ruginya belajar dan mengambil ilmu tok belagak.

Kepada sesiapa yang telah terambil ilmu dari tok belagak dan sepertinya hendak melepaskan setan dari tok belagak anda PULANGKANlah apa saja ilmu yang anda ambil dari tok belagak dengan melafaskannya sama ada melalui perkataan, tulisan, email, sms, fax kepada tok belagak dan orang sepertinya,

contoh lafas:

“Saya sekeluarga(jika dah berkeluarga) PULANGKANKAN apa saja ilmu yang saya ambil dari tok belagak”

Segala iblis, setan, jin dan kuncu-kuncunya kepunyaan tok belagak yang ada pada diri dan keluarga anda akan kembali kepada tuannya.

Lepastu jangan ambil apa-apa ilmu dari tok belagak dan tingalkan tok belagak.

Saya tidak berniat hendak memburuk-burukkan tok berlagak. Sudah banyak kali saya seru tok belagak namun tok belagak terus dengan lagaknya sungguh kurang sopan mencaci, menghina, memperlekeh, memperolok-olok dan saya kesihan kepada sesiapa yang mengambil ilmu tok belagak akan beroleh makhluk durjana. Sia sia belaka belajar dengan tok belagak.

Saya bukan buat fitnah atau irihati dengan tok belagak. Saya sedia membuktikan kebathilan tok belagak anda nilaikannya sendiri. Tak cuba tak tahu.

Kepada sesiapa yang hendak mendapatkan penjelasan secara detail dimana bathilnya ilmu tok belagak silalah buat temu janji Insaallah akan dijelaskan. Call 019 3619305"

Belum boleh join lagi

Hari Sabtu nie ada kursus perubatan dengan tok Belagak... saya belum dapat pergi... cuti dah approved tapi..hmm... kewangan tersangkut... belum ada rezeki..sabar aje lah.. semoga Allah memberikan saya kekuatan dan rezeki di hari yang lain...

harap-harap tok akan memberi kursus di hari lain... tak sabar rasanya nak berjumpa dan menuntut ilmu secara langsung..

kos kursus tak lah begitu mahal.. tapi ialah saya kan tinggal d pulau Borneo... tambang penerbangan dan kos tempat tinggal perlu disediakan.. hmm...

Tuesday 18 May 2010

Happy bdy

Happy birthday to me!!!!! semoga Allah memanjangkan umur untuk beribadat pada Nya... murah rezeki, berkat dan melimpah ruah...amin