Sunday 26 December 2010

Kemaluan hilang

Tips dari orang bijak pandai...

Jika berlaku sihir yang boleh menghilangkan atau memindah kemaluan maka lakukan seperti berikut:

  1. Benting diri terlebih dahulu
  2. Baca ayat 128-129 Surah At-Taubah sebanyak 7 kali kemudian ditarik:
  3. Jika lelaki ditarik dari pusat ke atas..
  4. Jika perempuan ditarik dari pusat ke bawah
Saya tak pernah buat kerana belum pernah menjumpai kes tersebut diatas... namun.. bekalilah diri dengan ilmu..nanti jika terjumpa kes tersebut diatas tak perlulah mencari bomoh...inshallah kita boleh buat sendiri..



Monday 20 December 2010

ASMA RDR SULTHONIL JIN SYEKH MALIKI ALKIBRI

Ulasan saya..


saya begitu tertarik dgn RDR ini..kebetulan ia diambil dari ayat suci Al-Quraan...terus terang saya tak punya ASR dan RDR.. kerna ayat-ayat yang tak jelas makna dia...mohon maaf...moga anda tidak tersinggung... tapi saya tak pernah melarang atau menidakkan ilmu ini... beramal dgn keyakinan sendiri...


mungkin kah ini RDR saya pertama?..mungkin ya...atau tidak...




Sumber

Ki Dagoel Badranaya
085714443838

KWA


يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ


Ya maAAshara aljinni waalinsi ini istataAAtum an tanfuthoo min aqtari alssamawati waalardi faonfuthoo la tanfuthoona illa bisultanin

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!



BISMILLAH. YAAMA’SYAROL JINNI INSI INIS TATHO’TUM ANTANFUDZUU MIN AQTHOORIS SAMAAWAA WAL ARDLI FANFUDZUU, LAA TANFUDZUUNA ILLA HISULTHOONIN 1000 x selama 7 hari


Kuncinya YA QUDDUUSU, YAA AZIIZU YAA JABBAARU 10 X


Tawassul: Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim, Sayyidina Umar Bin Khatab, Syekh Abdul Qodir Jaelani, Syekh Ahmad Ali Baslah, Syekh Bujuk Tumpeng, Orang tua, diri kita, man ajazani


Khasiyat: ditakuti jin dan syaiton, penolak segala santet dan teluh, kewibawaan dan pagar diri dll


Doa penutup Baca Istighfar 11 x. @@@

memulangkan sihir

Memulangkan sihir ada banyak kaedah...

Baca yasin pun boleh...just mohon Ya Allah berkat yasin ini,aku pindahkan sihir yang dikenakan pada aku dipulangkan pada pengupah tak kira laki mahupun perempuan..

Or tarik nafas baca innalillahwainalillah hi rojiun..jadikan amalan harian 9kali minumum setiap hari..paling bagus 40kali selama 40 hari...kenapa 40 hari..nanti den terangkan...dengan amalan ni,automatik semua sihir yg dituju pulang ke pengupah insyAllah

Tapi sendiri mau ingat ha...solat kena jaga,zina jangan sekali...insyAllah mudah dimakbulkan

sumber dari Benteng jiwa

Sunday 19 December 2010

Pagar Lam Jalallah


Pada saya perawat mesti menguasai ilmu benteng diri yang mantap supaya tidak terkena kembali serangan dari ahli sihir/ganguan jin yang lain...

Ilmu lam jalalah adalah ilmu pegangan guru2 tua di sumantara,aceh,bugis dan tanah melayu. ilmu ni multifungsi dan adalah dgr2 pecahan ilmu haq diri dan marifat. di seluruh nusantara mempunyai berbagai versi dan cara utk aktifkannya.

ilmu lam jalalah selalu nya pada thp rendahnya adalah utk pagaran diri dari serangan gaib. Versi fungsi ilmu lam jalalah ni nbyk dari pagaran gaib,halimunan gaib,tarik ilmuan,pengobatan,ilmu ikatan,kebalan dll. ada dari pecahan ilmu marifat dan ada jenis hak diri.

disini saya kongsikan pada forumers ilmu lam jalalah pagaran gaib:


PAGARAN GHAIB LAM JALALAH


SETIAP SELEPAS SOLAT, SETELAH KITA MELAKUKAN SESUATU AMALAN ATAU WIRID YANG MENJADI AMALAN KITA SEHARIAN MAKA AKHIRI AMALAN ITU DENGAN MEMBUAT PAGARAN GHAIB LAM JALALAH SEPERTI BERIKUT :


BAHU KANAN (YA HAYYU) BAHU KIRI (LAA YAMUT)


PUSAT (YA QOYYUM)

DI TULIS DENGAN MENGGUNAKAN IBU JARI KANAN MULAI DARI BAHU KANAN DENGAN MENYEBUT “YA HAYYU” KEMUDIAN DI BAWA TURUN KE KIRI MENGELILINGI PUSAT DENGAN MENYEBUT “YA QOYYUM” DAN TERUS DI BAWA KE BAHU KIRI DAN SEBUT “LAA YAMUUT” DAN TEKANKAN KUAT SEDIKIT DI BAHU KIRI UNTUK MENGUNCI LAM JALALAH INI.

Sambil duduk bersila di atas sejadah lakukan ritual ini dengan tahan nafas selepas itu ucapkanlah "Alhamdulillahi rabbila'lamiin"

Fungsi ilmu ini utk pagaran serangan gaib.

cara kedua:


Pagaran Gaib menggunakan
Bismillahilladzi La yad durru ma'as mihi syaiun fil ardi wala fis sama i wahuwas samiul alim

dengan cara menekan kedua jari telunjuk kiri dan kanan di tengah kening, lalu membaca ayat tersebut 3 x satu nafas, kemudian tarik nafas satu kali melalui hidung..

kemudian geser telunjuk tangan kanan memutar kepala , sampai kembali ke posisi semua

posisi telunjuk kiri tetap.

hakikat : kita dalam PERUT LAM JALALAH

pagar in berkahsiat 24 jam..

Cara ke 3:
1. Dibaca dgn tahan nafas, terlihat selubung cahaya mengelilingi tubuh seperti jala. 2. Dibaca dgn tahan nafas + dgn iniasi (membayangkan pelindung seluruh tubuh) terlihat selaput cahaya terang mengelingi tubuh. Bacaannya YA ALLAH 7X, YA KUDUS 7X, YA SALAM 7X, dibaca dgn menahan nafas.

Sumber internet....Rnd

Saturday 18 December 2010

Wirid Untuk Calon Paranormal

Dari saya...

Memang telah lama saya ingin mengamalkan wirid-wirid ini...hanya belum ada kesempatan dan kekuatan... namun inshallah... saya mendapat ilham untuk mengamalkan malam ini...

`Ya Allah..berilah hambamu ini kekuatan`...amin!!!


Wirid untuk Calon Paranormal

Ini amalan wirid yang banyak fungsinya. Mulai dari kebal senjata tajam hingga mampu menahan air hujan. Sangat cocok untuk dijadikan pegangan paranormal.

WIRID I: BISMILLAHIRROHMANIRROHIM
WIRID II: WAIDZA BATHOSTHUM BATHOSTHUM JABBARIN
WIRID III: YA QOWIYYU YA MATIN
WIRID IV: ALLOHUMMA SHOLLI ALA MUHAMMAD
WIRID V: YA BATHIN
WIRID VI: YA GHONI

Membuka amalan pertama:
WIRID I s/d VI dibaca selama tiga atau tujuh hari berturut-turut.
Setiap bacaan dibaca sebanyak 5 putaran tasbih. Setiap putaran membaca 100 X. Jadi total membaca 500 X.

Selanjutnya:
Cukup dibaca setiap malam Jumat atau sebulan sekali pada malam Jumat. Setiap bacaan satu putaran tasbih.

SUMBER: ASALAM

@wongalus,2010

Friday 10 December 2010

Asma Sir dan Ayat Pemungkas

Beberapa hari yang lalu…saya bermimpi..dilihatkan kekuatan salah satu ayat dalam Asma Sirr… dahsyat… itulah kali pertama saya dilihatkan demikian…

Didalam mimpi tersebut mengajar saya jika kemana-mana atau mendatangi sesuatu tempat… jgn lupa membaca ayat tersebut…

pandangan mata sering tertipu..jadi gunakan pandangan hati… berserta kalimah Asma Sirr…

Cerita sepenuhnya:

Dalam mimpi tersebut saya dan keluarga ke sebuah bangunan... nampak kosong tetapi cantik... saya mulanya gembira bila menjejakan kaki kesana..tetapi isteri saya muncul dalam mimpi tersebut menyuruh saya memberi salam terlebih dahulu... lalu saya pun membaca `Salamun Qaulamir Rabirahim` ayat yassin 58 dan jua salah satu ayat Asma Sirr...

Langsung dari sebuah bangunan menjadi sebuah wasai...mashAllah... apa sebenar maksud mimpi tersebut?? masih tanda tanya...

tetapi saya ambil positive akan ayat di atas...sdh rezeki saya mungkin ayat tersebut perlu saya mempertingkatkan lagi... jika d KWA ayat itu disebut `Asma Pemungkas`

Thursday 9 December 2010

SEJARAH 10 MUHARRAM


Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:


+ Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
+ Diterima taubat
Nabi Adam a.s.
+ Dicipta
Adam a.s.
+ Dimasukkan
Adam a.s ke dalam syurga.
+ Dicipta
arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
+ Dilahirkan
Nabi Ibrahim a.s.
+ Selamat
Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
+ Selamat
Musa dan pengikutnya.
+ Lemas Firaun.
+ Dilahirkan
Nabi Isa a.s.
+ Diangkat
Nabi Isa kelangit.
+ Diangkat
Nabi Idris ke langit.
+ Mendaratnya k
apal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
+
Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
+ Dikeluarkan
Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
+
Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
+ Dikeluarkan
Nabi Yusuf daripada telaga buta.
+ Disembuhkan
Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
+
Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :


1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti


3. Menahan marah. Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha


4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat. Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah

Taala.


9. Bercelak. Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti


11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru”. Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini


13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Niat Puasa – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Sunday 5 December 2010

Asma Pemungkas Yasin

surah Yasin ayat 58...berbunyi begini.. Salamun Qaulamir Rabirahim... sila rujuk

setelah tamat 7 hari pengamalan Asma Pemungkas Yasin beberapa minggu yang lalu... terasa seperti semakin sebati dgn diri sendiri... ia ibarat pakaian di pakai kemana-mana...

beberapa hari yang lalu ketika terlelap seketika bagi menunggu solat Asar..saya terbangun lalu terbatuk-batuk... dada seperti tak enak rasa... padahal saya 100% sehat.. heran juga...

tiba-tiba hati terdetik untuk membaca ayat 58 surah Yassin... tarik nafas sedalam-dalamnya..kemudian baca sebanyak 7 kali... dan hembus nafas..

syukur setelah beberapa ulangan..tidak lagi mengalami batuk... dada pun dah kembali normal..

ayat ini juga saya gunakan jika memasuki tempat-tempat yang asing seperti hutan..sungai.. atau kawasan yang suspect ada penunggu...