Friday 25 February 2011

Pedang Sayidina Ali


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Korang sihat tak? Tak sihat telan la panadol, doa pada ALLAH, insya ALLAH sembuh.

Hari ni pak cik test asma Sirr pak cik. Nak tengok efek dia lepas 2 bulan beramal. Alhamdulillah, apa yang pak cik boleh simpulkan adalah asma Sirr ni jadi benteng akhir pak cik. Dulu pak cik ni cepat lupa kalo wat dosa, tapi dengan izin ALLAH melalui asma Sirr ni, pak cik cepat sedar betul atau salah.

Benda paling senang sekarang adalah bila pak cik nak bangun tidur. Tak kesah la nak tidur kol bape pun, tapi setup la masanya nak bangun. Pak cik cuma berdoa dengan bertawasul melalui Asma Sirr nak bangun kol sepuluh. Plup, memang bangun kol sepuluh. Alhamdulillah agar semua bertambah iman.

Ok, kali ni pak cik nak kongsi dengan korang ilmu pedang saidina Ali. Mungkin korang da tau, atau mungkin korang tak tau. Ilmu pedang saidina ali ni gunanya untuk attack musuh dari jarak jauh. Bila mengamalkan ilmu pedang saidina ali ni, tangan kanan akan menjadi korang punya pedang, manakala tangan kiri korang akan jadi perawat untuk impak ilmu ni.

Ok. mudah je nak wat. Takde nak baca sampai ribu ribu zikir ke, nak puasa pati geni la, mutih la apa la. Boleh dibuat setiap kali korang belasah nasik lauk ayam kicap . Semudah abc. Bila korang nak basuh tangan kat sinki, korang bacalah

Bismillahirrahmanirrahim

Qul Malikul Haq (3 kali)

Korang tahan nafas, baca tiga kali dan tiup ke tangan korang. Masa tu korang niatkan la apa yang korang nak niatkan. Cam diberikan satu lempangan kuat ke, tumbukan padu memusnahkan batu ke, lantak korang la. Aura ilmu ni warna biru. Bawah ni pak cik letak gambar cara camne nak mengasah.

Tapi ada yang menyerang musuh hanya dengan isyarat tangan je. Kiranya dalam hati korang baca ayat tu, then korang niatkan sebuah pedang terbentuk di tangan kanan korang, then korang buat isyarat macam korang libas pedang samurai jepun. Bese orang yang kena akan muntah darah .. wek wek wek… da tu tengok da lembik tu, korang sentuh la ngan tangan kiri korang tu.

Cuma untuk penyembuhan ni, pak cik tak berapa pasti, nanti ler ye pak cik cari … Post ni pun pak cik tulis kol 3 pagi.

SUMBER dari Berkat Rezeki

Wednesday 23 February 2011

Faedah dan Kelebihan Ayat Tujuh


Saya telah lama meminati ayat Tujuh ini...tapi belum ada kekuatan untuk mengamalkannya..kini sudah beberapa hari mula menghafal... beberapa bulan yang lalu sdh mula membaca sehingga lancar..jadi tidak berapa masalah ketika menghafal... mungkin selepas ini semoga Allah menemukan saya orang yang boleh mengijazahkanya.... walaupun sebenarnya saya telah mendapat ijazah dari seseorang dari jarak jauh...

Faedah adalah seperti berikut:

Menurut ulama:
Barangsiapa membaca akan ayat Tujuh tiada kuasa seseorang memberi mudarat dan jikalau tertutup pintu langit dan bumi, lepas ia dgn izin Allah S.W.T

Menurut Saidina Ali r.a
Barangsiapa membaca akan ayat Tujuh pada pagi dan petang maka akan merasa aman sentosa daripada kebinasaan dan terpelihara daripada musuh dan bala dgn izin Allah S.W.T

Menurut Sheikh Muhammad Yakub:
  • Apabila dibaca sekali pada siang dan malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh) Insh Allah, Allah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umurnya, terpelihara dari gangguan jin,syaitan, fitnah dan dikasihi para hamba Allah serta dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
  • Apabila diamalkan 40 hari berturut-turut dan pada tiap-tiap selelasi solat fardhu dibaca tujuh kali nescaya akan memperolehi faedah yang besar.
  • Barangsiapa mewiridkan pada tiap-tiap selelasi solat fardu insha Allah, Allah akan memudahkan baginya sekaratul maut kelak dan memperolehi pahala yang besar.
  • Jikalau dibacakan ayat ini kepada org yang sakit maka akan menenangkan dan sembuh dgn segera dgn izin Allah.
  • Barangsiapa membaca ayat Tujuh selama tujuh hari berturut-turut dng ketentuan tujuh kali ditengah hari dan tujuh kali pada waktu malam, mudah-mudahan Allah melepaskan atau memberikan kemudahan dari kesulitan dan kesusahan.
Sumber dari Buku Amalan Rahsia dan Kehebatan Ayat Al-Quran (Ustaz Hj Mohammad Sahri bin Hj Sulaiman, Brunei Darussalam)

Tuesday 22 February 2011

Ajian Qulhu Geni

Salam

Setelah kesana kemari mencari Qulhu Geni..kini saya menjumpai Qulhu Geni yang lain dari yang lain... saya rajin mengkaji apa saja ilmu yang ada di blog...mungkin belum semua..tapi cukup sekadar membuat perbandingan...

"Mlebu metu paran golek sarining madu sejati ...
agawe tentreme ati kang kurang isi bakti marang Gusti"

Extrak Ilmu Kanuragan :

Ajian Qulhu Geni sangat ditakuti oleh bangsa lelembut dan setan. Seorang pendekar yang suka melalang buana ke luar masuk hutan, tempat angker, daerah keramat belumlahlengkap apabila tidak membekali dirinya dengan ilmu ajian Qulhu Geni. Sebab dengan menguasai ajian tersebut secara sempurna maka apabila :
1.Doa ajian dibaca 1x maka bangsa lelembut/setan akan merasa terputus bahu tangan kirinya.
2.Doa ajian dibaca 2x maka bangsa lelembut/setan akan merasa terputus kedua bahu tangannya.
3.Doa ajian dibaca 3x maka bangsa lelembut/setan akan merasa badannya akan terputus-putus.
4.Doa ajian dibaca 4x maka bangsa lelembut/setan akan merasa badannya akan hancur lebur tanpa sisa.
5.Doa ajian dibaca 5x dapat berfungsi menyembuhkan orang kesurupan ataupun penyakit gila baru (gangguan kejiwaan) dengan bermediakan air putih untuk disemburkan atau diminumkannya.
6.Doa ajian dibaca 6x dapat berfungsi menetralisir rumah berhantu, tanah angker yangg dihuni bangsa lelembut.
7.Dan lain sebagainya manfaat dari penguasaan ajian qulhu geni tersebut.

Untuk dapat memeperoleh khasiat dan kehebatan ajian qulhu Geni tersebut haruslah ditempuh melalui persyaratan khusus sebagai berikut :
1) Sediakan waktu tepat padahari weton kelahiran anda untuk berpuasa mutih 1 hari saja tanpa tidur semalaman hingga terbit matahari.
2) Setiap selesai mengerjakan sholat wajib, harus membaca 7x doa ajian Qulhu Geni tersebut,
3) Ketika malam tepat pukul 12.00 ke atas hendaknya mengerjakan 2 rokaat sholat hajat dan mewiridkan bacaan doa ajian sebanyak 100x ulangan.
4) Pada bacaan terakhir, tiupkan pada kedua telapak tangan dan sapukan keseluruh tubuh hingga merata.
5) Jangan lupa untuk selalu merawat kesempurnaan doa ajian tersebut setiap hari cukup dibaca 1x dengan menahan nafas.
6) Doa ajian yang harus diamalkan adalah sebagai berikut :

"Bismillahir rahmanir rahiim.
Qulhu allahu ahad ....
Kun fayakun masya allahu ...
Qodirullahi ta'ala ....
Abadan abadan .....
Laa khaula walla quwwata illa billa 'aliyil adzim"

Semoga dengan bekal kebijaksanaan anda dan ilmu ajian tersebut, maka lengkap kemampuan anda dalam olah kanuragan.

Selamat mencoba dan berlatih.

Friday 18 February 2011

Merawat ibu mertua part 1

Pengalaman ini terjadi pada bulan December 2010...

Selepas solat Maghrib saya ke rumah Mertua... dia sedang menderita penyakit busung... ini adalah ujian pertama saya setelah memasuki Darussyifa... belum ada pengelaman tetapi hanya hendak menyampaikan hajat sesama insan... semua amalan zikir dibaca didalam perjalanan.. sebelum berjalan sempat membaca doa ayat pengerak...

Sampai saja... tambah lagi zikir... dan setelah meletak telapak tangan saya ke perut ibu mertua...terasa tangan saya seperti dicucuk-cukuk dangan barang tajam... seperti ada lestrik masuk ketangan saya hingga ke bahu tapi berjaya saya halang dari ke jantung... saya keras tangan agar ia berhenti memasuki lebih jauh ke badan saya...

mungkin ini kali pertama saya jadinya saya sepertinya kurang bersedia... hanya bersandar kepada keyakinan diri mendapat pertolongan Allah... tidak lama kemudian cucukan itu berhenti...tapi wirid saya teruskan...

Alhamdulillah... wajah ibu mertua kembali cerah... bisa badan dia sudah tidak ada lagi... saya urut kedua belah tapak kaki dia dgn melakukan reflexology... adalah sikit-sikit pandai...

Saya menyedari badan saya mendadak panas hingga keluar sedikit darah dari hidung..hmm..diluar dugaan... besar sungguh cobaan ini... setelah merawat...kaki saya terasa bisa dan mencukuk-cukuk...

Zikir saya tak berhenti walau sudah sampai ke rumah... dan saya seperti ada mendapat ilham ada tetamu yang tak diundang datang ke rumah.. jadi saya teruskan zikir di bilik solat hingga tengah malam...

memang benar dugaan saya... ada sesuatu datang semasa saya berzikir... ketika itu bilik saya sunyi sepi... sehinggalah ada bunyi org duduk di sofa hampir tempat saya zikir... saya tak menghiraukanya... biarkanlah dia... 2 kali dia cuba datang tapi saya tak peduli... setelah saya rasa tenang dan mendapat petunjuk untuk berhenti zikir barulah saya masuk tidur...

Pengalaman berharga saya perolehi pada malam tersebut ialah:
1. Agar lebih bersedia
2. Ilmu yang ada masih terlalu sedikit.... jadi belajar lagi bagi mengisi ilmu didada..