Tuesday 31 May 2011

Ilmu Scan

Sumber dari Junied

Sebaik-baiknya seorang perawat itu tahu
ilmu 'scan' dan antara kegunaannya...

1.Mengesan jin dalam badan...

2.Mengesan jin dalam sesuatu ruang...

3.Mengesan jin dalam sesebuah bangunan...

4.Mengesan jin dalam sesebuah kawasan...

5.Mengesan penggunaan dan kedudukan alat
sihir...samada di dalam atau yang di simpan
di luar tubuh manusia...

6.Mengesan jenis dan sebab kedatangan jin...

7.Mengesan laluan jin...samada laluan masuk
badan...atau laluan di dalam rumah atau pada
sesuatu kawasan...

...dan sebagainya...

Kelebihannya...

1.Anda tak perlu terlalu banyak bertanya pada
pesakit...

2.Memudahkan anda mengenal pasti bentuk serta
keperluan dalam rawatan...

3.Proses rawatan mungkin akan lebih mudah...
(mungkin saja dan bukan semestinya...)

4.Mengelak penipuan jin yang tak keluar...
sebaliknya bersembunyi dalam badan...

5.Memudahkan serangan ke atas jin yang terlibat.

...dan sebagainya...

BOLEHKAH JADI PERAWAT TANPA ILMU 'SCAN'?

Cara ganti ilmu 'scan' ialah anda bertanya secara
langsung pada pesakit...sebelum memulakan rawatan.

Dan satu cara mudah anda nak pastikan samada pesakit
itu sakit biasa semata-mata...atau ada gangguan...
lekapkan tapak tangannya ke atas belakang tapak
tangan anda...dan kalau perlu...alaskan kain nipis
agar kulit tak bersentuhan...dan juga haba dari tapak
tangan pesakit tak tehalang sampai ke kulit anda....

Kalau anda merasa tapak tangannya lebih panas daripada
suhu yang sepatutnya...contohnya anda merasa ia panas
membahang...sangat besar kemungkinannya dalam badan
pesakit itu ada jin...atau angin bisa jin..

Kemudian anda boleh bertanya....dan...
antara perkara yang perlu diambil perhatian iaitu :

1.Gejala gangguan yang di alami...

2.Tempat-tempat sakit...

...dan samada ia panas...berpindah-pindah...ada benda
bergerak..sakit berdenyut...bermasa...dan sebagainya
serta gejala-gejala lain yang dirasa semasa sakit itu
mendatang...

3.Gangguan fikiran dan perasaan...

4.Dada berdebar-debar tanpa sebab...

5.Mimpi...

6.Mungkin ada sesuatu tempat tertentu ia akan jatuh
sakit tanpa sebab munasabah...

7.Ulasan dan rawatan hospital kalau ada...

...dan sebagainya...dan anda boleh merujuk kepada
semua tanda-tanda ada saka...dan berbagai gejala
gangguan jin...dan anda bertanya pada mana-mana per-
kara yang di fikirkan sesuai...

Dan apabila selesai dirukyah...pesakit boleh ditanya
samada masih sakit...atau ada tempat yang tiba-tiba
menjadi sakit...nyilu...panas..berat...rasa tebal...
ada benda bergerak...dan sebagainya...

Maka menunjukkan kemungkinan sangat besar...jin itu
masih di dalam...

Antara tempat persembunyian jin...

1.Bahagian belakang kepala...

2.Belakang daun telinga...

3.Tengkuk...

4.Belakang bahu...

5.Tulang belakang...

6.Ketiak...

7.Perut...

8.Lutut atau belakang lutut...

9.Buku lali...

10.Tapak kaki...

11.jari-jari kaki atau tangan...

12.Tumit...

...dan sebagainya...

PROSES SETERUSNYA...bergantung kepada bidang ke-
pakaran perawat...dan antaranya...

1.Pesakit disuruh buat amalan-amalan tertentu se-
perti ayat-ayat yang perlu diamal...perlu didengar
...buat mandi dan sebagainya...

2.Jin itu ditekan atau dipicit untuk menyeksa dan
memaksanya keluar...

3.Jin itu dibunuh dengan disembelih...dan sebagainya.

Kalau perawat guna tenaga dalam maka antara proses
seterusnya...

1.Jin itu ditarik keluar melalui liang roma...ubun-
ubun...atau hujung-hujung jari kaki atau tangan...

2.Jin itu ditolak keluar...melalui laluan di atas...

3.Jin itu dipukul dengan tamparan ketempat sakit...
kemudian digenggam dengan makrifat dan ditarik
keluar...

4.Jin itu dicincang...dipancung atau disembelih...

5.Tubuh jin itu dipecah atau diletupkan...

6.Jin itu diseksa bakar dan disuruh keluar...

...dan sebagainya...

Tapi kalau anda cuma buat air doa...maka pesakit
cuma perlu minum...mandi...dan kalau ada amalan
lagi baik...kerana air itu akan meratai seluruh
tubuh dan anggota...

Dan kalau anda mahu lebih khusus...antaranya ada
3 cara...

1.Pegang bekas air doa dengan tangan kiri...
telunjuk jari kanan sentuh tempat sakit...dan baca
BISMILLAH LIMA..7 kali.

Tiup perlahan ke tempat sakit dan sebelum habis
nafas...tiup ke air doa...bermaksud...rawatan
untuk seluruh tubuh badan tapi ada pengkhususan
pada tempat sakit...

2.Atau baca Ayat Seribu Dinar 3 kali...dan tiup
seperti kaedah di atas...cuma tak perlu sentuh
tempat sakit...hanya tunjuk dengan jari telunjuk
sahaja.

3.Atau baca Fatihah sekurang-kurangnya sekali
dan dengan mana-mana kaedah samada kaedah no.1
atau no.2 diatas.(Tapi kalau fatihah 7 kali lebih
baik lagi).

Wallohu a'lam

Sunday 29 May 2011

Haikal


Beberapa tahun yang lalu..mungkin dah lebih 5 tahun... saya pernah diijazahkan zikir Doa Haikal berserta kaifiat dia... cukup dgn tawasul... zikir dan doa selepas zikir Haikal...

masih ingat...saya dan sepasang suami isteri berasal dari Aceh... pada tengah malam..kami bertiga diijazahkan... sejak itu saya mengamalkan Haikal... tapi..sekarang tidak lagi... rasa sedih jua...

namun kebelakangan ini..hati saya digamit-gamit...untuk mengamalkan kembali... hmmm.... kena back to square one... lancarkan dan hafal...dan amal...


Saturday 14 May 2011

Ibu Gayong

Sumber dari blog Kajian Ilmu Ghaib

Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan post. Alhamdulilah ari ni pak cik da abis da study. So, tamat lah perjuangan pembelajaran peperiksaan dalam hidup pak cik. Puas da belajar pasal peksa ni. Skang pak cik da boleh belajar apa yang pak cik suka skang. Dan skang pak cik tengah belajar hacking.. Yahoooo….

Hari ni, jom, pak cik akan sentuh sikit mengenai ilmu persilatan ni. Ramai yang nak tau pasal ibu gayong ni. So, pak cik pun belek2 belek la internet, nak cari info yang best. Agak jauh kebelakang, baru ler pak cik jumpa. Rupa rupayanya ibu gayong ni cerita dia banyak versi.

Ok, kita bermula dahulu dengan sebab kenapa sekarang ni susah nak tengok orang jalan jalan kat udara? Ataupun tumbangkan pokok pakai sebelah tangan? Ataupun berenang dari darat sampai ke pulau tanpa rasa termengah, siap bawak jajan lagi masa berenang. Ataupun bila da boring kat darat, nak pegi kat udara, sebab nak gie tangkap burung 2 yang tengah terbang.

Setelah mengamati cerita cerita guru guru silat lama ni, maka terungkai la kesah kenapa sekarang benda benda camni susah sangat nak tengok. Kalo dulu, menda ni benda small matter je. Cam Oi Ali, boring la, mai pi tangkap burung merbuk nun, Ali pun, jom .. dua2 pun melompat lompat kat udara. Orang tengok,.. eh, wat apa la dua orang tu,.. oooo tengah tangkap burung…

Benda tu simple present tense je. Tapi sekarang cuba korang tengok ada orang melompat2 kat udara, eh, tak yah la, nampak orang terjun dari tingkat 2 pun korang dah.. Fuyoooohhh..Tu yang guru guru lama tak mau da tunjuk memenda camtu, nanti korang taksub gegila bebabi… Taaksub tu kalo makin teruk jadi syirik.. Bahaya bro…So, ilmu ilmu camni pun sebenarnya tak terkunci pun, tapi dikunci sendiri oleh mentaliti orang ramai.

Jadi, nak belajar semua tu boleh, cuma kroang kena cari la gurunya… Ok.. sebenarnya pak cik tak cakap apa yang pak cik cakap pasal ibu gayong ni adalah perkara yang muktamad. Sebenarnya banyak sangat versi cerita mengenai ibu gayong ni. Pada mulanya, boleh la dikatakan bahawa ibu gayong merupakan asas kepada segala persilatan yang ada dinusantara ni.

Ibu gayong ni bukan ada kaitan ngan silat gayung pun. Ibu Gayong ni dah dipecahkan oleh seorang tua kepada 7 elemen yang mana elemen tu mungkin jin, ataupun benda benda lain. Dari 7 elemen tu la terbit nya silat silat lain cam cekak, gayung, rimau, patani, megan cemandi dan sebagainya. .

Ok, anggap je, post ni akan tenggelam.. Bagi pak cik ia lebih selamat sebab ibu gayong ni ampuh.. Bawah ni merupakan amalan ibu gayong :-

Ibu Gayong ada lapan ayat… cari ayat2 dibawah dalam Quran ya :-

  1. Ali Imran Ayat 28
  2. An Nisa Ayat 137-139
  3. An Nisa Ayat 84
  4. An Nisa Ayat 92-94

Amalkan membacanya selepas selesai solat subuh dalam 3 hari ini sahaja… Setiap bulan dalam bulan Islam iaitu :-

  • 1,2,3 awal bulan
  • 13,14,15 tengah bulan
  • 27,28,29 bulan gelap…

Ingat, ikut kalendar Islam, bukan kalendar gregori tu…

Friday 13 May 2011

Salamun (Ayat Keselamatan) untuk ruqyah



Sumber dari blog Muallij

Ayat Salamun bukanlah berasal dari silat cekak tetapi ianya berasal dari al-quran sebagaimana ayat syifa. Jikalau melihat kepada fadhilat, 30 hari 30 malam belum tentu habis bercerita tentang Salaamun, kerana hakikat salaamun ini luas, darinya maka terbentuk yang disebut majazi Rahman dan Rahim. Hakikat salam itu sendiri perlu jelas, supaya faham dan hayati setiap amal, qauli, fi'li dan qalbi. Terdapat 19 ayat salamun di dalam al-quran seperti di bawah ini (ia juga disebut 19 salamun):

Ayat 19 Salamun


1. Al-An`aam:054
وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ
Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun alaikum

2. Yunus:010
وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ وَءَاخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam". Dan penutup do`a mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil `aalamin

3. Hud: 11
وَلَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَى قَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ
Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Selamat." Ibrahim menjawab: "Selamatlah,"

4. R'ad:24
سَلاَمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ
"Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu.

5. Al-Nahl:32
سَلامٌ عَلَيْكُمُ ادْخُلُواْ الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
"Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan".

6. Maryam:015
وَسَلَامٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ وَيَوْمَ يَمُوتُ وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّا
Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali.

7. An-Naml:059
قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسَلَامٌ عَلَى عِبَادِهِ الَّذِينَ اصْطَفَى آللَّهُ خَيْرٌ أَمَّا يُشْرِكُونَ
Katakanlah: "Segala puji bagi Allah dan kesejahteraan atas hamba-hamba-Nya yang dipilih-Nya. Apakah Allah yang lebih baik, ataukah apa yang mereka menyekutukan dengan Dia?"

8. Al-Qashash:055
وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ
mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil".

9. Al-Ahzab:044
سَلَامٌ وَأَعَدَّ لَهُمْ أَجْرًا كَرِيمًا
Salam dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka.
10. Yassiin:058
سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ
"Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.
11. Ash-Shaaffaat:079
سَلَامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam".
12. Ash-Shaaffaat:109
سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".
13. Ash-Shaaffaat:120
سَلَامٌ عَلَى مُوسَى وَهَارُونَ
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Musa dan Harun".
14. Ash-Shaaffaat:130
سَلَامٌ عَلَى إِلْ يَاسِينَ
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ilyas?"
15. Ash-Shaaffaat:181
وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ
Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul.
16. Az-Zumar:073
سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ
"Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya".

17. Az-Zukhruf:089
فَاصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَامٌ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)." Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).

18. Surah Adz-Dzaariyaat:25
سَلَامٌ قَوْمٌ مُّنكَرُونَ
"Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.

19. Al-Qadr:005
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

15 Salamun

15 Salamun adalah untuk tujuan pagar rumah. Dibaca 15 salamun dari ayat kelima hingga kelima belas dari ayat 19 Salamun tadi sebelum proses pagar rumah, kemudian baca ayat berikut di setiap penjuru:
فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْباً
Maksudnya: Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Al-Kahfi : 97)

Buat di empat penjuru. Apabila sampai penjuru terakhir, di akhir ayat tadi sambung ayat berikut:

اللّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). (Surah Al-Baqarah:15)

وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ عُدْوَاناً وَظُلْماً فَسَوْفَ نُصْلِيهِ نَاراً وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللّهِ يَسِيراً
Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya). (An-nisa:30)

3 Salamun

بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ (٦٩) سورة الأنبياء
سَلامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ (٧٩) سورة الصافات
سَلامٌ قَوْلا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ (٥٨) سورة يس
سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (٥) سورة القدر
Khasiat 3 Salamun ialah untuk megurangkan panas api terutamanya untuk suri rumah atau tukang masak di hotel, restoren atau juga untuk mereka yang terlibat dengan industri yang melibatkan api seperti petronas, arang batu, kayu api dan lain-lain.

7 Salamun

7 Salamun itu sendiri banyak versi yang ada. Juga tidak menjadi masalah, asal jelas dengan hakikat salam itu. 7 Salamun versi ini (berasal dari Ustaz Wan Asrul telah diuji oleh Al-Muallij Faizal dari Akrine. Menurutnya, kaedah tikam dan tembak yang diperolehi dari AKRINE, halakan jari telunjuk pada tempat jin duduk kemudian baca 7 Salamun (dari ilmu perubatan Ustaz Wan Asrul) jika ia bergerak hala terus ke mulutnya, insya Allah jin akan keluar.


بسم الله الرحمن الرحيم
سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ Yassiin:058
سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ Ash-Shaaffaat:109
سَلَامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ Ash-Shaaffaat:079
سَلَامٌ عَلَى مُوسَى وَهَارُونَ Ash-Shaaffaat:120
سَلَامٌ عَلَى إِلْ يَاسِينَ Ash-Shaaffaat:130
سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ Az-Zumar:073
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِAl-Qadr:005
. Terdapat versi khusus untuk sihir dan saka iaitu:

7 Salamun
Versi 7 salamun ini ditambah dengan selawat sulaiman. 7 Salamun versi ini digunakan untuk sihir, santau, susuk, sihir dan saka. Versi ini adalah dari Muallij Mustaqim. Ijazah terbuka untuk semua dan ijazah khusus hanya untuk mereka yang telah menghadiri seminar Muallij Islamiah kerana ijazah khusus menjelaskan lebih detail cara penggunaannya.


بسم الله الرحمن الرحيم
سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ Yassiin:058
سَلَامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ Ash-Shaaffaat:079
سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ Ash-Shaaffaat:109
سَلَامٌ عَلَى مُوسَى وَهَارُونَ Ash-Shaaffaat:120
سَلَامٌ عَلَى سُلَيْمَانَ فِى الْعَالَمِيْنَ selawat sulaiman
سَلَامٌ عَلَى إِلْ يَاسِينَ Ash-Shaaffaat:130

Al-Qadr:005 سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Semoga dengan pendedahan Ayat Salamun ini, maka ilmu yang terpencil sekian lama ini akan menjadi universal serta amalan harian bagi umat Islam di dunia ini, insya Allah.

Sunday 8 May 2011

Lelaku Batin Tujuh Hari


Ekstrak Ilmu Hikmah :

"Gudho'ne keelokane dunyo tansaya ora wonten telas ipun...
Dumugi nalika sorot lampu byar pepadhangan ing maya padha sampun padam..."

Amalan Para Guru Sejati :
Barang siapa yang menginginkan dirinya menjadiahli Spiritual dan Kewaskitaan maka dalam kesempatan kali ini penulis mencoba mengupas setetes dari luasnya samudera ilmu hikmah yang menjadi rahasia di kalangan ahli ilmu hikmah dan spiritual, khususnya bagi mereka yang berkeyakinan "Islam". Walaupun nampak sangat sederhana bentuk lelakunya tapi sangat berat untuk dikerjakan bagi mereka yang hanya mencoba secara setengah-setengah hal ilmu kebathinan (spiritual) dan kewaskitaan.

Padahal bila dilaksanakan dengan niat yang ikhlas dan sungguh-sungguh maka di dalamnya akan ditemukan kandungan manfaat dan keistimewaan yang sangat besar, khususnya bagi penekun ilmu kanuragan dan kebathinan.

Lelaku Bathin Tujuh Hari, yakni lelaku batin yang harus dilaksanakan selama tujuh hari penuh tanpa ada hari yang terlewatkan. Apabila ada satu hari saja ditinggalkan ketika sudah berniat akan leleku ilmu tersebut maka ia harus mengulang kembali dari awal. Lelaku yang satu ini oleh kebanyakan ahli hikmah disebut dengan istilah "lelaku Dino Pitu". Sesuai dengan jumlah bilangan hari yaitu 7 hari yang terus berputar hingga di akhir jaman kelak. Singkat kata, orang yang melaksanakan lelaku tersebut dengan sungguh-sungguh maka :
  • Dalam dirinya secara ajaib menyimpan kekuatan spiritual yang cukup tinggi tanpa disadarinya ia mampu menjadi ahli ilmu hikmah (laduniah).
  • Terlebih lagi, ketajaman indera bathinnya terbangkitkan berlipat ganda hingga ia mampu melihat secara nyata fenomena ke-ghaiban yang telah terjadi dan yang bakal terjadi secara bertahap sesuai dengan pengalaman bathinnya dan tingkat ke-alimannya menjadi manusia sejati.
  • Dan yang paling ter-istimewa adalah ia akan tenggelam dalam "makrifatubillah" mengarungi luasnya lautan ilmu lathifah demi kecintaannya pada Allahu Jalallahuu apabila mampu di-amalkan tanpa batasan waktu (se-umur hidup).
Adapun Lelaku Tujuh Hari tersebut dikerjakan dengan aturan sebagai berikut :
  1. Persiapkan mental bathin anda terlebih dahulu, satukan tekad dan niatan yang ikhlas dan benar ketika akan menjalani lelaku ilmu ini...
  2. Ketika anda benar-benar sudah siap tanpa ada unsur keraguan bathin lagi, maka seperti biasa anda harus lelaku sesuci dahir dan bathin terlebih dahulu dengan mandi keramas pada pukul 12 malam. Dilanjutkan mengerjakan 2 rokaat sholat hajat. Pilihlah hari Minggu malam Senin untuk memulai lelaku tersebut.
  3. Kemudian berdo'a kepada Allah agar anda diberikan kekuatan tekad dan ke-iklasan menjadi manusia sejati (insan kamil) dalam lelaku puasa mutih selama 7 hari penuh. Dan mampu mengamalkan amalan do'a ilmu secara istiqomah sepanjang ijin yang diberikan-Nya (se-umur hidup anda).
  4. Kemudian bacalah amalan do'a sesuai kemampuan anda. Dan ingat !! Jumlah bilangan yang anda tentukan dalam pembacaan do'a amalan harus selalu sama dan terbagi dalam 5 waktu wajib dalam sholat utama. Bila anda tentukan mampu mengamalkannya 100 x, maka setiap anda mengerjakan sholat wajib/utama akan berjumlah = 20 x. Dan bila anda tetapkan 20 x, maka pembacaan do'a amalan secara istiqomah akan terbagi hingga menjadi 4 x setiap waktunya. Begitu seterusnya... Sesuaikan dengan kemampuan anda, karena ilmu yang satu ini akan anda kerjakan selebihnya setelah lelaku hingga di-akhir hayat anda.
  5. Terkhusus 7 hari utama anda dalam masa lelaku harus di-ikuti dengan lelaku puasa mutih. Yakni berpuasa seperti puasa wajib. Tidak meninggalkan waktu sahur puasa dan berbuka ketika tiba saat untuk membatalkannya, dengan makanan yang tidak mengandung unsur hewani. Kerjakan puasa tersebut selama 7 hari penuh, dan seperti biasa untuk waktu masa lelaku terakhir. Anda tidak diperkenankan untuk tertidur barang sekejab hingga tiba paripurna fajar harinya berakhir.
  6. Sedangkan amalan do'a ilmu, harus selalu anda wirid secara istiqomah setiap harinya ketika anda sudah menyelesaikan masa lelaku tersebut.
Adapun Do'a ilmu yang harus di-amalkan adalah sebagai berikut :
  1. Hari Minggu, bacalah do'a amalan = "Yaa Khayyu Yaa Qayyum".......x (sesuai kemampuan anda terbagi dalam 5 waktu sholat wajib)
  2. Hari Senin, bacalah do'a amalan = "Yaa Rahman Yaa Rahiim".....x
  3. Hari Selasa, bacalah do'a amalan = "Yaa Malik Yaa Qudus".....x
  4. Hari Rabu, bacalah do'a amalan = "Yaa Kabiir Yaa Muntaha".....x
  5. Hari Kamis, bacalah do'a amalan = "Yaa Aliyyu Yaa Alimmu".....x
  6. Hari Jum'at, bacalah do'a amalan = "Yaa Kafii Yaa Mugni".....x
  7. Hari Sabtu, bacalah do'a amalan = "Yaa Fatahu Yaa Rozaqu".....x
Bila lelaku tujuh hari ini dapat anda kerjakan dan dijadikan pegangan dalam kehidupan anda, maka tidak dapat penulis bayangkan akan Ketinggian Tingkat Ilmu yang dapat anda peroleh.

Demikian sedikit kemampuan yang dapat penulis sampaikan dalam postingan kali ini. Atas kurang lebihnya penulis berharap semoga yang sedikit ini memiliki manfaat bagi siapa saja yang gemar mengasah diri untuk temukan jati diri.
Salam Persahabatan selalu...

Bilik Mayat inda dapat diroboh




Setelah solat Isha..kami diarahkan ketempat sebuah bangun bekas bilik mayat lama yang hendak dirobohkan tetapi gagal... jentera tolak dan sebagainya tak bisa merobohkannya... macam-macam terjadi ketika hendak menghampiri apalagi merobohkannya..

lalu kami dipanggil untuk berbuat sesuatu...memang begitu menyeramkan... kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan... nasib saya dan rakan saya baik..tak kena di tempat bilik mayat... namun... saya dan rakan2 seramai 4 orang terasa ada sesuatu...serammmmm!!!.... saya terasa ada sesuatu berdiri begitu dekat dgn saya..begitu jua rakan yang lain... tapi Alhamdulillah... dgn izin Allah...kami menyelesaikan kerja dgn baik..terserahlah kpd Allah selebihnya...

Saturday 7 May 2011

Sakit kepala dan panas


Jam menunjukan pukul 4 pagi... anak mengadu tak dapat tidor kerna pening kepala dan panas badan... Ya Allah!.. mungkin ini cobaan kepada saya... lalu saya ambil udhu dan mengurut kepalanya... MasyaAllah..baru saja menjangkau (memegang) kepala dia sudah berteriak kesakitan... dalam hati.. begitu mengetarkan..apa lagi cobaan kali ini...

saya tak perlu berkuat mengurut..sudah dia kesakitan...selepas itu saya mengurut perut tapi tak berapa sakit..namun ketika mengurut tapak kaki..dia sekali lagi berteriak kesakitan...

selepas urut saya suruh dia berdiri dan berjalan... Alhamdulillah... dia mengatakan sakit kepalanya telah pun hilang hanya panas masih ada... saya pun suruh dia tidor..

besoknya...saya pereksa kepalanya...hmm... suhu kembali normal... saya menarik napas lega... dia dah boleh keluar bermain bersama rakan-rakan dia...

Thursday 5 May 2011

Gatal di wajah


Nampaknya blog ini sudah ada pembacaNya... hmm... saya akan cuba bercerita sedikit perjalanan hidup saya semenjak saya menceburi dlm bidang perubatan Islam... saya menceburi bidang perubatan Islam dah lama... namun baru berapa tahun ini bergiat aktif...

beberapa hari yang lalu..dtg seorang wanita mengadu wajah dia terasa gatal...terutama diwaktu malam... selepas Maghrib.. kelihatan wajah dia kemerah-merahan dan kering..dan ada kesan luka disebabkan terlalu digaru dgn jari... dah diberi air penawar namun masih jua gatal...

lalu saya rukyah namun masih kelihatan dia mengaru wajahnya... namun saya tak putus asa...Ilham menjelma...saya suruh dia baring dan mengurut wajahnya dgn minyak piasau (kelapa)... saya jua mengurut bahu dan tanganya untuk membuang angin...

hmm.. Alhamdulillah... tidak begitu lama dia berhenti mengaru wajahnya... namun dia hanya mengadu terasa pedih kerna minyak itu mengena ke tempat luka akibat terlalu banyak digaru...

besoknya...kemerahan diwajahnya telah pun hilang... tapi..hehe... saya pulak terasa sedikit gatal diwajah... tapi saya tawari dgn udhu dan zikir... sekali lagi dan seterusnya..saya berucap syukur Alhamdulillah...

`kita hanya berusaha namun Allah lah Penyembuhnya`


Tuesday 3 May 2011

Keturunan Pendekar


Kul 8 malam kami bertolak kesebuah kampung berhampiran... seluruh kampung telah terputus bekalan elektrik... kesian...harapkan cahaya lilin dan tiupan angin... namun kami teruskan jua acara kami...

Ketika membaca Yassin... kami dikejutkan dengan salah seorang wanita (penghuni rumah itu) yang tiba-tiba bersilat... nasib baik disebelahnya rakan saya iaitu ketua kumpulan saya dapat menangani dgn baik... dikunci agar tak dapat berdiri... tak lama kemudian bekalan elektrik bersambung semula..lega rasanya...

Penghujung zikir... kami dikejutkan lagi dgn teriakan wanita itu..hehe... sehingga saya terkejut dan tidak senghaja tangan saya seperti menepis sesuatu... hmmm.... tak pernah terjadi begini...

Mengikut cerita...nenek atau datuk mereka adalah keturunan pendekar... mungkin ada saka... 2 wanita telah dirasuk..seorang bersilat dan seorang lagi seperti seekor harimau..mengigit dan mencakar-cakar... ketua kami telah terkena cakaran...

saya tak ikut campur merukyah mereka... hanya menguris sahaja... dalam dan luar rumah...




Sunday 1 May 2011

Menundukan panas


hmm... sudah lama mengamalkan ilmu ini tapi sekejap on dan off.. tidak consistent atau tidak istiqamah... namun tekad saya kali ini untuk mengamalkan ilmu ini lagi...bermula esok...

Kifiatnya:

1. 3 kali atau 11 kali selepas setiap solat fardhu 5 waktu.
2. 21 hari tanpa putus



Merawat ibu Mertua Part 2

beberapa bulan yang lalu selapas merawat mertua part 1... saya berserta seorang rakan merawat ibu mertua... rakan tersebut mengilir tangan dan kaki Mertua... dan saya hanya merukyah... dugaan kali ini tak sehebat part 1... Mertua hanya mengadu kesakitan ketika di gilir... tak ada apa-apa tentengan dalaman...biasa saja...

Alhamdulillah... perubahan walau perlahan begitu ketara..kesihatan ibu mertua semakin hari semakin sembuh... perut dia semakin menuhus (kempis)... dan dia sudah boleh berjalan ke rumah adik ipar dan ke hospital tanpa susah payah...