Showing posts with label 7. Show all posts
Showing posts with label 7. Show all posts

Wednesday, 23 February 2011

Faedah dan Kelebihan Ayat Tujuh


Saya telah lama meminati ayat Tujuh ini...tapi belum ada kekuatan untuk mengamalkannya..kini sudah beberapa hari mula menghafal... beberapa bulan yang lalu sdh mula membaca sehingga lancar..jadi tidak berapa masalah ketika menghafal... mungkin selepas ini semoga Allah menemukan saya orang yang boleh mengijazahkanya.... walaupun sebenarnya saya telah mendapat ijazah dari seseorang dari jarak jauh...

Faedah adalah seperti berikut:

Menurut ulama:
Barangsiapa membaca akan ayat Tujuh tiada kuasa seseorang memberi mudarat dan jikalau tertutup pintu langit dan bumi, lepas ia dgn izin Allah S.W.T

Menurut Saidina Ali r.a
Barangsiapa membaca akan ayat Tujuh pada pagi dan petang maka akan merasa aman sentosa daripada kebinasaan dan terpelihara daripada musuh dan bala dgn izin Allah S.W.T

Menurut Sheikh Muhammad Yakub:
  • Apabila dibaca sekali pada siang dan malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh) Insh Allah, Allah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umurnya, terpelihara dari gangguan jin,syaitan, fitnah dan dikasihi para hamba Allah serta dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
  • Apabila diamalkan 40 hari berturut-turut dan pada tiap-tiap selelasi solat fardhu dibaca tujuh kali nescaya akan memperolehi faedah yang besar.
  • Barangsiapa mewiridkan pada tiap-tiap selelasi solat fardu insha Allah, Allah akan memudahkan baginya sekaratul maut kelak dan memperolehi pahala yang besar.
  • Jikalau dibacakan ayat ini kepada org yang sakit maka akan menenangkan dan sembuh dgn segera dgn izin Allah.
  • Barangsiapa membaca ayat Tujuh selama tujuh hari berturut-turut dng ketentuan tujuh kali ditengah hari dan tujuh kali pada waktu malam, mudah-mudahan Allah melepaskan atau memberikan kemudahan dari kesulitan dan kesusahan.
Sumber dari Buku Amalan Rahsia dan Kehebatan Ayat Al-Quran (Ustaz Hj Mohammad Sahri bin Hj Sulaiman, Brunei Darussalam)

Sunday, 2 January 2011

Bismillah Tujuh (II)

Ada orang panggil ayat ini Bismillah Enam tapi Saya lebih suka memanggilnya Bismillah Tujuh... Bismillah Hirahman Nirahim itu menjadikan ia 7 Bismillah... Dahulu pernah saya cuba amalkan ayat ini berserta Bismillah Lima... sayangnya kedua-duanya sudah tidak lagi saya amalkan... entah kenapa tiba-tiba Ilham datang... untuk menjadikan kedua-dua ayat ini diamalkan semula...

Bismillah Lima dah saya mulakan amalkan...ayat ini bagaikan isi dan kulit... ia melekat diingatkan walau dah lama tak diamalkan... namun sebaliknya Bismillah Tujuh tidak begitu... ingat-ingat lupa... perlu dilancarkan semula... saya pernah dijazahkan dari 2 org guru akan bismillah 7 ....

Kenapa Bismillah Tujuh?... sewaktu hendak mengamalkan Kaf 40... setelah mendapat ijazah dari seorang senior juga telah memberikan saya amalan Bismillah Lima... walau hati dah tekat untuk megamalkan Kaf 40...tiba-tiba saya diingatkan akan Bismillah Tujuh... jadi saya buat research atau kajian akan kedua-dua ayat ini..

Kaf 40 vs Bismillah Tujuh...

Perbandingan secara ringkas..
1. Bismillah Tujuh mempunyai khasiat yang tidak kalah hebatnya dgn Kaf 40
2. Tak perlu ragu-ragu untuk mengamalkan bismillah 7 ....
3. Kedua-duanya juga dipanggil ayat perang...penawar bisa...santau..santet..

Jadi kesimpulanya hati saya dah bulat dan nekat untuk menjazamkan Bismillah 7 .... 100 kali selama 7 hari...