Friday 5 October 2012

Malam Ujian

salam

Mohon maaf kerna tak lama update blog... sibuk dan broad band di rumah dah diputus... so hanya boleh online dikedai makan sambil minum teh tarik...

Sebenarnya saya bukan saja aktif dalam perubatan tetapi jua dalam bidang persilatan...Baru-baru ini kami menghandapi malam ujian di rumah guru... dimulakan dengan Tahlil... jamuan... dan diteruskan dengan persembahan silat... selepas itu ujian pun dimulakan... baru hendak bermula.. seluruh kampung didalam kegelapan..putus api elektrik.. so hanya disinari lampu minyak tanah...

beberapa jenis ujian dibuat... dipukul dengan sebatang tebu hingga patah... sebiji bata disimpan di belakang leher kemudian dipukul dengan belakang kapak... ditetak perut dengan sebilah pemarang tajam...

Alhamdulillah... saya dan rakan-rakan lulus ujian tersebut...