Saturday 31 December 2011

Isteri Datok


Kami dipanggil untuk merawat isteri seorang yang bergelar Datuk..hmm...seram saja bunyinya... kami dipanggil apabila seorang ustaz I.... yang memang terkenal ditepat saya... Dia tak dapat hadir..so kami mengantikan tempat dia...

Apabila sampai kerumah Datok itu.. kami disambut oleh bakal menantu dia... memang isteri Datok itu agak parah sakitnya... seperti terkena angin akhmar tapi boleh bercakap dgn lancar... badannya terpaksa dipapah oleh adik-adik perempuannya...

Isteri Dato dah sakit hampir 3 hari... tak boleh bangun dan berjalan sendiri... adik-adik perempuan yang mengurut dia pun terkena sakit badan... hmmm... mungkin terkena angin ne...

namun kami terasa seperti tidak dipedulikan oleh orang rumah... dingin sahaja sambutan mereka..seperti tidak percaya... maklumlah kami bukan perawat ternama... ilmu setahun jangung... tapi nda apa... kami mulakan zikir memuji Illahi... diteruskan dengan menguris rumah...

Setelah menguris... kami pun merawat isteri Datok tu...tak lama dalam 30 min... isteri datok dah boleh berdiri dan berjalan dengan sendirinya...Alhamdulillah!!!!.. Allah maha Penyembuh... hehehe.. isteri Datok tu terus saja ke bilik sebelah dimana sanak saudaranya berkumpul... ramai yang terkejut dan terus mengucapkan Alhamdulillah...

hampir semua ahli keluarga Dato meluru kearah kami minta dirukyah... ah!!! ternampak kepercayaan terpancar di wajah mereka.. hehe.. apalagi... kami pun merukyah dgn yakinnya... 200% tenaga dicurahkan tanpa rasa lelah...tak terasa jam dah kan dekat tengah malam... kami pun mengundurkan diri dgn wajah yang berseri begitu jua keluarga Dato...

`Kitani hanya berusaha...Allah jua yang menyembuhkannya...`

Tuesday 20 December 2011

Mentera Haram?


Sumber dari Darul Manzil


Assalamualaikum..

Kali ini saya tampil untuk berdepan dengan tajuk yang 'panas' kerana banyak MANUSIA di luar sana yang belum mengerti hakikat penggunaan Serapah & Mantera. Rata-rata bahan bacaan, seminar atau ceramah mengatakan Mentera & Serapah adalah HARAM.. Sedangkan kenyataan mereka itu berkemungkinan akan membawa mereka kepada penambahan dosa tanpa mereka sedari..

Kenapa saya berkata begitu...? (nak kena RIDAM ni...)

Kerana ungkapan HARAM pada isu penggunaan Mentera & Serapah ditujukan secara umum. Secara tidak langsung, pengamal mentera & serapah di pihak yang benar akan terkena tempiasnya dari masyarakat awam seperti dilabel khurafat, bida'ah dan sesat.. Kan berdosa tu kalau orang yang tak bersalah di label begitu semata-mata kerana ungkapan HARAM secara umum...

Mentera dan Serapah terbahagi kepada 2 iaitu HARAM & HALAL.

Jenis HARAM
Penggunaan ayat, tasdiq hati dan meminta pertolongan selain dari Allah.

Jenis HALAL
Penggunaan ayat, tasdiq hati dan HANYA meminta pertolongan pada Allah semata-mata.

Contoh mentera:

'Hey Senggoro.
Aku sembahkan 7 ekor jin.
Di atas batu putih. Terlak hitam. Dibawah atap separuh.
Dengan berkat lailahaillallah, Muhammadurrasulallah'

Mentera di atas boleh menjadi 2 hukum pengamalannya iaitu:

1)HARAM jika tidak tahu makna, tashdiq hati pada sesuatu selain Allah & amal secara membabi-buta.

2)HALAL jika tahu makna, tashdiq hati pada Allah dan suci pengamalannya..

Saya nyatakan makna mentera serapah di atas iaitu-

Hey Senggoro:
Senggoro adalah bahasa lama Kelantan iaitu bermaksud YANG MAHA TINGGI.
Siapa yang Maha Tinggi? Tentu Allah bukan.. :D

Aku sembahkan 7 ekor Jin:
Jin yang disebut bukan ditujukan pada Makhluk yang bernama Jin. Tapi ianya merangkumi asas bahasa arab iaitu TIDAK NAMPAK. Dalam quran kan ada sebut beberapa kata dari asas perkataan jin iaitu Jannah(syurga), Junnah(perisai), Janin, Jannullail(kepekatan malam).

7 ekor jin pula di istilahkan kepada 7 anggota sujud iaitu kepala, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.. Jumlahnya akan jadi 7 kan? Maknanya lagi difahami sebagai 7 anggota badan yang kena serangan (penyakit) secara tak nampak (ghaib).

Di atas batu putih, Terlak hitam, Di bawah atap separuh:
Di atas batu putih bermaksud warna putih pada biji mata.
Terlak hitam bermaksud warna hitam di tengah biji mata
Di bawah atap separuh bermaksud bulu mata.

Jadi, ketiga-tiga ayat ini bermaksud Mata...

Dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulallah:
Yang ni tak payah terang lah.. Kita ni orang Islam patutnya dah tahu...kan?

-------

Jika saya terangkan kesemua makna mentera serapah di atas, ia akan jadi begini..
Hey Senggoro (Wahai Yang Maha Tinggi, yakni Allah)
Aku Sembahkan 7 ekor Jin (Aku serahkan seluruh anggota badanku pada Mu)
Di atas batu putih, Terlak hitam, di bawah atap separuh
(moga-moga dapatku lihat kesembuhan melalui mataku ini)
Dengan berkat Lailahaillallah, Muhammadurrasulallah.

Salah ke mentera serapah di atas?

Ada yang tanya, "Kenapa tak baca macam maknanya Ustaz? kan leh elak fitnah?"

Jawapan:
Kita kena faham bahawa orang dulu amat sukakan puisi, sajak dan pantun. Senang cerita kira bahasa Sastera la... Jadi, penggunaan sastera tinggi ini sudah menjadi amalan orang dulu-dulu dimana ianya penuh dengan makna tersirat dan tersembunyi agar kita lebih belajar dan memahami hakikat kehidupan.Bahasa Al-Quran juga kan bahasa Sastera Arab tinggi...

Manakala sesebuah mantera serapah (kes Halal sahaja) sudah diamalkan dan diberkati sekian lama..Jadi, siapa yang ambik ijazah dan mengamal mantera serapah tersebut hanya perlu sambung Berkatnya dari pengamal dari generasi ke generasi..

Contohnya jika si A amal doa ni 30 tahun..Kemudian di turunkan pada si B yang kemudian di amal lagi 20 tahun.. Jadi berkatnya dah jadi 50 tahun..Begitulah seterusnya jika ucapan mantera & serapah ini diturunkan dan seterusnya di amalkan..

Jika mula dari asas (contohnya nak amal makna mantera serapah di atas), berkatnya akan dimulai dari '0' kerana ia ucapan doa yang masih baru....

Soalan lagi:
Baik pakai ayat Al-Quran jer ustaz? Lagi berkat...

Jawapan:
Memang kalau nak dikira, penggunaan ayat Al-Quran adalah yang sebaik-baik pengamalan. Tapi kalau baca berjela-jela, fahamnya tidak buat apa walaupun tak berdosa tak faham maknanya.. Bila nak berdoa atau merawat, perlulah faham maknanya.. Barulah ikhtiar dan luahan kita pada ALLAH lebih mantop...

Seringkali kita tengok tok bomoh, dukun atau pawang (jenis HALAL shj) berubat cepat baik berbanding Perawat Islam Moden. Kenapa?

Sebab apa yang mereka baca, mereka faham maknanya.. Jadi, penyerahan diri dan taqarrub pada Allah dalam diri mereka lebih yakin & kuat. Yang Perawat Islam Moden ni dok baca Rukyah berbakul-bakul...bila tanya, makna apa tak tahu...

----

Sebab tu kita lihat, tok bomoh, dukun atau pawang baca perlahan dalam rawatan. Salah satu sebab nak elak fitnah la.. Kalau nak terang satu per satu pada pesakit makna mentera yang dibaca, jawabnya tak merawat la.... Tapi lain pula pada sesetengah penceramah yang mengatakan tok bomoh baca perlahan sebab puja Jin...kan dah jadi fitnah tu.... :D

-----

Sebab itu kita jangan terus 'serang' dan buat ungkapan sebarangan tanpa kita usul periksa.. Kalau tak faham atau mushkil, kita tanya dan jangan beri teguran yang mengaibkan.. Berilah teguran yang berhikmah...Jangan pakai 'sound' jer...

----

Pada yang buat statement HARAM pada mantera serapah tu, cepat-cepatlah bertaubat dan sambung lagi pengajian dalam bidang ni..

-----

Artikal ini ditulis mewakili sahabat saya (pengamal rawatan mantera serapah halal) setelah meluahkan kekecewaannya pada sesetengah perawat & ustaz-ustaz yang buat statement tanpa usul periksa...
-------
Tambahan:
Jika nak berubat, perhatikan syariat perawat seperti solatnya, agama dalam keluarganya dan tatacara kehidupannya samada menepati syarak atau tidak....
Wassalam..

Friday 2 December 2011

Pengelaman ayat Salamun Ala Sulaimanafil Alamin



Cerita A
Pagi tadi...Ketika saya sedang asyik memotong rumput... tiba-tiba terjumpa se ekor ular... bersedia untuk bertindak... saya memberhentikan langkah... switch off mesin rumput... berfikir sejenak... lalu membaca Ayat Satu dan meniup ular tersebut tapi masih tegak... kemudian saya baca Salamun Ala Sulaimanafilalamin.... dan meniup lagi ular tersebut dan menyuruh ia beredar... Alhamdulillah ular tersebut beredar lari ke dalam semak...uh! syukur...

Cerita B
Pengelaman ini saya alami ketika menziarahi pusara ibu di bulan puasa tahun Hijrah 1432 yang lalu...

Masuk saya dan adik-adik saya ke dalam kawasan kubur... terampak banyaknya monyet di pohon-pohon kayu... hati rasa kecut dibuatnya... monyet itu tiba-tiba cuba menyerang anak buah saya yang agak jauh dari kami... nasib baik dia sempat berlari kearah kami... jam dah pukul 5 petang... jadi mungkin monyet itu agak berani menyerang kami kerana keadaan agak sunyi...

lalu ilham datang... saya baca Salamun Ala Sulaimanafil alamin... dan tiup ke semua sudut yang ada monyet... dan saya mulakan membaca tahlil...

hmm... hairan... tiba-tiba... keadaan pusara menjadi sunyi.... semua monyet tersebut sudah beredar pergi...sehinggalah kami habis tahlil dan meninggalkan kawasan pusara..tak lagi ternampak walau seekor monyet pun... Alhamdulillah...

Saturday 29 October 2011

Aura Bismillah Tujuh

Sumber dari blog saudara Junied

Kalau dikira ayat...Bismillah...maka ia juga
disebut Bismillah Tujuh...

Banyak buku amalan yang menyebutkan mengenai
kelebihannya...maka saya cuma bataskan kepada
beberapa kelebihan mengikut pengalaman diri
dan rakan-rakan...

1.Pembenteng Kejahatan Jin...

Malam itu...saya bersama enam orang rakan
lain duduk berdepan dengan seorang ibu yang
sedang dirasuk jin jantan 'Islam'...

Jin yang besikap sangat angkuh dan bermuka-
muka itu berkata "...malam ini saya sangat
gembira kerana mendapat kawan-kawan baru..."

...lalu ia menunjuk ke arah setiap orang dari-
pada kami...kecuali saya...

"...yang ini... ?" adik saya meminta kepastian
sambil menunjuk ke arah saya...

Jin itu berpaling ke arah lain dengan gaya pe-
nuh kebencian dan kesombongan...dan saya pasti
tahu rahsianya...iaitu hanya saya seorang yang
mengulang-ulang membaca Bismillah Enam...

Jin itu sebelumnya telah meminum segelas air
Yasin malam Jumaat dengan penuh tenang serta
bangga...dan berkata "...bagi segelas lagi...".

Tapi nampaknya ia tak dapat menyembunyikan an-
tinya dengan kesan bacaan Bismillah Enam...

Bismillah Enam ini biasanya disebut sebagai
ayat panas...iaitu panas...dan Insya Allah...
jika dengan izin Allah...boleh digunakan un-
tuk membakar jin...( kalau anda mengamalkan-
nya...anda kepanasan...atau merasa sebarang
tindakbalas...maka samada ada jin atau
angin bisa dalam badan anda...)

Caranya samada dibaca...dan lebih kuat kesan-
nya jika dah sebati...atau dibaca pada air
minum...dan boleh juga dipercik pada empat
penjuru rumah atau sesuatu ruang...

Rakan-rakan berpengalaman...apabila mereka ma-
suk ke dalam sebuah restoran...kebetulan pada
meja sebelah ada beberapa orang lelaki sedang
duduk...dan salah seorangnya terkenal sebagai
bomoh...

Bomoh itu tiba-tiba tampak gelisah dan tak se-
nang duduk...

Cuma beberapa minit...bomoh itu kemudiannya me-
mbayar makanan...dan keluar daripada restoran.

2.Budak lelaki dan Saka...

Seorang budak lelaki diajar membaca Bismillah
Enam dengan bacaan merangkak...
dan cuma sekali...tiba-tiba budak lelaki itu
meraung dan mengamuk...kemudian diketahui
datuknya ada jin harimau...

...maka ia kemungkinan besarnya adalah dari-
pada tindakbalas 'satu makhluk' yang bersem-
bunyi dalam badannya...

3.Pelias...

Ia sesuai dibaca pagi petang sebagai amalan
harian...sekali....3 kali atau lebih baik jika
dapat dibaca 7 kali...

Bila ianya sebati...atau anda biasa membacanya
ketika akan keluar dari rumah...teori secara
auranya...iaitu...apabila anda berniat ke suatu
tempat...aura anda dah sampai ke tempat terse-
but ketika itu juga...

Maka ketika itu...apa sahaja amalan yang dibawa
bersama aura tersebut akan mula brtindak...

kalau kawasan tersebut ada jin...samada jin be-
bas...atau jin dalam badan...maka jin tersebut
sudah mula merasa kesan panasnya...

Maka anda akan sampai pada kawasan tersebut...
samada kawasan itu telah dijauhi oleh jin...
atau orang yang merasa pengaruh jin dalam ba-
dannya...setakat mana di izinkan Allah...

Begitu juga bagi binatang-binatang berbisa ser-
ta binatang buas...

Malah rakan-rakan ada yang berpengalaman...ka-
lau berburu pun...akan sukar bertembung dengan
mana-mana binatang termasuk jenis yang menjadi
buruan...dan sangat sesuai kalau anda bertugas
dalam kawasan hutan seperti juru ukur...
Jabatan Hutan atau sebagainya...

...kecuali kalau tahu petua...sebaliknya boleh
digunakan untuk memudahkan perburuan...Wallohu
a'lam...

4.Bismillah Enam Dan Ular Hitam...

Kediaman saya terletak di pinggir kebun pisang
dan kawasan paya...bermata air...serta batu-batu
besar yang sesuai sebagai sarang atau tempat me-
ncari makanan bagi ular...

....mungkin itu antara sebabnya dah beberapa ka-
li berlaku kejadian ular hitam masuk rumah...

Biasanya ular yang menyelinap masuk akan segera
melarikan diri sebaik saja ternampak sesiapa
datang...

Ia biasanya berlaku...mungkin kerana ular itu
mencari katak di bawah rumah...kemudian mera-
yau...sesat dan masuk ke dalam rumah...

Petang itu lepas Solat Asar...saya duduk di-
ruang bilik belakang...dan kebetulan baru ha-
bis membaca Bismillah Enam sebanyak 7 kali...

Mungkin kebetulan...tapi tiba-tiba muncul ke-
pala seekor ular hitam dari sebuah lubang tepi
dinding...betul-betul di hadapan saya...

Ular itu perlahan-lahan merayap masuk ke-
ruang dalam...

Saya menepuk lantai untuk mengejutkannya...

Tapi kali ini ular itu tak melarikan diri...
sebaliknya terhenti sekejap...kemudian mula
menjalar masuk...

Saya mencapai sebatang pembaris kayu yang ke-
betulan ada berhampiran...dan mengetuk kepala
ular tersebut perlahan-lahan...

Ular itu terhenti...tapi tidak menampakkan se-
barang tindakbalas rasa terancam ataupun men-
gancam...ia antara seperti jinak...atau bing-
ung...tidak seperti mana sepatutnya sebagai-
mana ular liar...

Kemudian perlahan-lahan ular itu menarik ba-
dannya...dan masuk semula ke dalam lubang...
kemudian menghilangkan diri...

Cuma seperkara saya perhatikan...sejak ular
itu masuk...hingga keluarnya...ular itu lang-
sung tak melihat ke arah saya...

Sehingga sekarang...saya tak tahu...samada
ular itu nampak saya atau tidak...

Nampaknya...ia berlawanan dengan sifat Bis-
milah Enam yang dikatakan sebagai 'pelias'
atau penjauh binatang berbisa...tapi...

Ustaz pernah memberitahu kami bertahun sebe-
lumnya...sesiapa yang tetap dan bersungguh-
sungguh mengamalkan Bismillah Enam...boleh
jadi ia akan menghadapi ujian dengan ular
...wallohu a'lam...

(...ada satu kawasan antara kediaman saya de-
ngan rumah lama keluarga yang dikatakan men-
jadi laluan jin yang pernah dipanggil dan di-
beri makan pada masa sebelum Islam...dan ia
masih menjadi laluan jin yang sama sehingga
sekarang...

...seorang anak buah saya pernah memberitahu
bahawa ia selalu terserempak dengan bangkai
ular pada kawasan tersebut...dan ia merasa
pelik mengenainya...

Kadang-kadang saya terfikir...adakah ular ma-
suk rumah itu ular sebenar...atau ada antara-
nya adalah gangguan...? )

5.Teori Aura Dan Kejahatan Manusia...

Apa yang berlaku sekarang seperti amuk...

...jenayah...dari seringan-ringannya...hi-
ngga keseberat-beratnya seperti pembunuhan
...penipuan...buli...mencuri...merompak...

...menganiaya kerana 'suka-suka'...ponteng
sekolah...tak mahu berkerja...dan sebagai-
nya...

...saya yakin sebahagiannya adalah daripada
gangguan dan hasutan jin saka...jin ilmu...
jin sihir dan sebagainya...dan malah...
kadang-kadang ia melibatkan rasukan samada
nyata...atau tersembunyi...

Biasanya bakal mangsa itu selain pilihan or-
ang tersebut...juga ada pengaruh daripada
jin penghasutnya...

Semakin kuat pengaruh jin pada sesorang...ma-
ka semakin banyak pilihan mangsa itu...adalah
daripada jin itu sendiri...

Maka antara ciri-ciri pilihannya...orang yang
lemah semangat...tak ada pendinding diri...
dan lebih-lebih lagi kepada orang yang ada
angin bisa atau gangguan jin dalam badan...

Selain daripada faktor pilihan...ada beberapa
caranya bagaimana seseorang pengamal terhindar
daripada gangguan berkaitan...

Kesan Kepada Jin Pendamping...

Iaitu apabila anda berniat untuk ke suatu tem-
pat...maka jin pada tempat tersebut dapat men-
gesan aura anda...malah 'kepanasannya' sekali.

Maka anda akan sampai pada tempat tersebut da-
lam keadaan tanpa sebarang gangguan...kerana
jin dah lari meninggalkan kawasannya...

Kalau jin itu dalam badan seseorang manusia...
maka orang itu mungkin akan merasa gelisah ta-
npa sebarang sebab...dan kalau pengaruh jinnya
cukup kuat...malah orang itu juga mungkin akan
meninggalkan tempat tersebut...

kadang-kadang orang dampingan jin itu mula ra-
sa gelisah sebaik sahaja anda muncul...

Namun pada hakikatnya...jin pendamping itu yang
merasa gelisah...takut...bingung atau sebagai-
nya...

Maka dalam keadaan sedemikian...jin yang biasa-
nya menghasut 'tuannya' kepada kejahatan akan
cuba mengelak diri daripada 'cari pasal' den-
gan anda...dan anda terpelihara daripada seba-
rang niat jahat seseorang dari sebab hasutan
jin pendampingnya...

...malah...ada keadaannya...jin yang mendam-
pingi seseorang merasa segan atau hormat pada
anda...maka orang dampingannya juga merasa
sedemikian...sedangkan ia sendiri tak tahu
akan sebabnya...

Kadang-kadang pula gangguan jin itu tak cukup
kuat untuk mendorong seseorang 'lari' ber-
samanya...maka jin itu akan meninggalkan 'tu-
annya' sebaik sahaja anda datang...

Maka orang dampingan jin tadi...yang biasanya
sentiasa mencari jalan untuk menganiaya orang
akan merasa tenang dan tenteram...tak terniat
untuk membuat kejahatan kepada anda...kerana
penghasutnya dah lari...

...dan sebagainya...

6.Penangkis Dan Penawar Racun...

Kejadian paling 'popular' pada Ustaz (guru) dan
rakan-rakan adalah kejadian di mana gelas minu-
man pecah atau berkecai tiba-tiba...tak kira
samada gelas itu berisi air panas atau minuman
berais...

Ia berlaku di restoran...juga rumah sendiri...
di mana sebagaimana yang dinyatakan...ia menun-
jukkan minuman itu beracun...terutama racun
yang dikirim melalui angin...

Tapi boleh jadi pula ia ada bahan pelaris sihir
untuk menarik serta mengikat pelanggan ke per-
mis tersebut...

Ini mungkin sebabnya...gelas plastik seorang ra-
kan tumbang sehingga 4 kali tukar gelas di sebu-
ah warung...

...dan yang paling tak popularnya adalah peng-
alaman saya makan mee sup di sebuah restoran
pada awal malam...

Masa makan..sedap saja rasanya...tapi kemudian
perut mula terasa menolak makanan tadi...
dan jam 11 malamnya...semua termuntah keluar
...baru rasa lega...

Tak lama kemudian...restoran tersebut ditutup
kerana kes keracunan makanan pada pelanggannya.

Jika dengan izin Allah...kalau anda termakan
atau terminum hidangan beracun juga...Insya
Allah...menjadi tawar dan tak memudaratkan.

7.Penawar air Laut...

Sebenarnya banyak kelebihan Bismillah enam ini
tapi saya cuma dapat huraikan mana-mana yang
berkaitan pengalaman guru...rakan-rakan dan
diri sendiri...

Ustaz pernah ke laut bersama seseorang...dan
kebetulan tak bawa air minum...

Maka dalam keadaan yang agak mendesak itu...
seseorang itu mengikat tali ke bentuk satu bu-
latan...kemudian diletak atas air laut...

Seseorang itu membaca Bismillah Enam...dan us-
taz bertitahu...air dalam bulatan tali itu
rasanya tawar dan boleh diminum...

AIR BISMILLAH ENAM...

Iaitu antara cara nak buat air Bismillah Enam
iaitu...

1.Tarik nafas dalam-dalam sambil berzikir Allah
...allah dalam hati 7 atau 11 kali...

Tahan nafas...dan pada ketika itu baca Fatihah
1 kali dan Bismillah Enam 1 kali...

Tiup perlahan-lahan ke tempat sakit...kemudian
ke air...niat jadi penawar...dan guna minum
serta sapu sedikit pada muka...

2.Baca pada air...Fatihah 1 kali...Salawat 3
kali...Bismillah Enam 7 kali...dan 3 Qul...

Guna minum..sapu muka dan tempat sakit...dan
boleh guna mandi atau renjis penjuru-penjuru
ruang dalam rumah...

Air ini...Insya Allah bersifat panas...dan
membakar dengan izin Allah...

Boleh juga di masukkan ke dalam botol...
dan sembur kabus pada badan...juga sesuatu
ruang untuk buat pagarnya...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

Thursday 20 October 2011

Pukulan Bismillah 7


Bismillah 7 atau dikenali jua Bismillah 6.... sudah menjadi amalan harian... mungkin ini cubaan kerna mengamalkan ayat ini... begini ceritanya:

pada hari Jumaat beberapa minggu lepas... saya mengelami cirit birit atau beria-beria... yang tak eloknya... saya dan rakan-rakan sedang dalam operasi menguris..hehe... kami menguris dua buah rumah... 4 kali saya ke jamban buang saham... badan terasa lemah... kedinginan dan mau demam...walaubagaimanapun saya kuatkan hati jua untuk meguris...beberapa ayat amalan saya gunakan untuk mengurangkan kesakitan perut namun hanya sementara sahaja... tapi saya tak putus asa... cari ilham...

namun ketika kesakitan kemuncaknya dimana badan saya terlalu lemah dan kesejukan mengigil...ilham datang... membaca Bismillah 7... lalu saya baca tanpa mengira jumlahnya... tak terlalu lama...badan saya yang sejuk menjadi panas... dan panas... cuaca sejuk tengah malam tak dapat menyejukan badan saya...

apabila sudah demikian saya membaca Bismillah 5 untuk menstabilkan agar tak terlalu panas...
mungkin sakit perut ini adalah penyakit medis atau satu gangguan atau kedua-duanya... saya terasa begitu...

Alhamdulillah besok paginya...saya terasa segar bugar... badan dan perut kembali normal....

Saturday 1 October 2011

Tipu daya syaitan



إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
`sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangat lemah`

Ayat ini telah diambil dari seorang perawat... diamalkan dgn istiqamah dan boleh digunakan semasa rawatan.... ayat ini digunakan untuk melemahkan penganggu si pesakit... moga bermanfaat...

Saturday 6 August 2011

Pengelaman Ayat 7



Saya sangat tertarik dengan pengelaman saudara Mokhaini mengenai Ayat 7 seperti dibawah... sumber dari blog ilmu batin


mokhaini

Aku carita pengalaman aku.

Once Upon on time aku kena sihir. masa tu aku rasa badan aku sakit sakit. tok guru aku suruh aku amalkan ayat 7 7X setiap habis solat fardhu tanpa henti sampai sembuh. so aku pun ikut dia suruh aku cari sendiri ayat 7. maka aku pun cari dan amalkan.

Lepas aku dpt ayat tu, aku amalkan seperti yg diajar oleh tok guru aku sehingga satu malam aku mimpi ada org tua pakai baju putih. muka cukup bersih tersenyum melihat aku sedang baring. Lantas dia membaca sepotong dari ayat 7 (baca tanpa buka mulut, tapi aku tau dia sedang berbicara dgn aku) 3x. aku pun ikut baca mengikut bacaanya tadi.

keesokkan harinya, aku rasa badan aku cukup segar. bersemangat dan bertenaga. (rasa mcm kita bangun tidur yg lena) Aku jumpa tok guru aku ptg tu, than dia bagi tau aku diijazahkan ayat dari ayat 7 tu. Tu lah penjaga ayat tu kata tok guru aku lah.

selepas mlm tu, aku tidak mengalami apa apa sakit lagi. dan aku andaikan sihir tu dah pun terungkai. itu lah pengalaman aku.

ayat tujuh - cari sendiri aku bagi ayat dia

ayat pertama : Surah Taubat (52)
ayat kedua : surah yunus (107)
ayat ketiga : surah hud (6)
ayat keempat : surah hud (56)
ayat kelima : surah al-ankabut (60)
ayat ke enam : surah Fathir (2)
ayat ketujuh : surah Zumar (2)

(dalam kurungan tu ayat cth surah taubat 52 bermaksud surah taubat ayat ke 52)

khasiat :-

1) amalkan 7 kali setiap lepas solat tidak akan memudaratkan sebarang benda keatas tubuhnya, terbuka pintu langit dan bumi akan rezekinya, dan terhindar dari aniaya sihir hnaya dengan izin Allah.

Monday 1 August 2011

Salam Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak...


Noer Cholish

satria_lamong77@yahoo.com

Amalan khusus ini ijazah langsung dari Kyai Khairul Huda Arya Mandalla Pengasuh Ponpes “AL BARAKAH & Kajian NAHDLATUL JUHALAA’ “ GRESIK-Jatim

(Cucu Eyang Prabu Brawijaya V & Eyang Kanjeng Sunan Giri). Apabila dulur dan sahabat semua mau mengetahui secara lengkap fadhilah dan karomah dari Ilmu Bismillah Pitu atau ajian sapu jagad ini bisa bersilaturohim ke Beliau Ponpen AL BARAKAH, Kedungrukun, Kedungpring –Balongpanggang-Gresik. tapi bagi yang mau mengamalkan silahkan saja beliau melalui saya waktu sowan ke Ponpes Al Barakah tgl 10 Juli 2011 memberikan ijin kepada seluruh kaum Muslimin untuk mengamalkan Aji Bismillah Pitu ini dengan ikhlas, semoga amalan ini bermanfaat dunia sampai akherat, Amien. Bi’idznillah. Bagi yg kirim E-mail mohon maaf tdk bisa membalas ataupun telat membuka karena kesibukan kami.

Amalan Bismillah Pitu ini termasuk ilmu sapu jagad yang multi fungsi dan sangat banyak karomahnya, diantaranya :

  • Pesan pak kyai Huda ARM yg mengijazahkan Ilmu Bismillah 7 ini, hendaknya di amalkan istiqomah, ikhlas dan penuh keyakinan akan Rahmat dan Berkah dari Gusti ALLAH TA’ALA, amin.
  • Amalkan ilmu diatas sebanyak 500x atau kalau mampu 1.000x setiap malam selama 1 tahun penuh maka lihat apa yang terjadi, karomahnya ibarat sinar terangnya seperti sinar Matahari.
  • Amalkan secara istiqomah tiap ba’da sholat fardlu minimal 7x atau setelah sholat sunah hajad atau tahajjud tengah malam 100x. Harus ikhlas, sabar dalam toat dan sabar dalam ujian setelah itu pasrah sepenuh jiwa dan raga pada Tuhan kita Gusti ALLOH TA’ALA.
  • untuk pengobatan:

sediakan air hujan yg di tampung dengan bahan kaca, gelas, mangkok dll dari langit langsung atau tidak kena perantara genting/atap

  • baca al fatehah………………………………………………………………….. 70x
  • baca amalan Bismillah Pitu/Tujuh ……………………………………………. 7x
  • setiap mendapat 1 bacaan tiupkan ke air hujan tsb dan kalau sudah selesai bisa di minumkan sebagian dan di pakai campuran mandi pada yg sakit.
  • Untuk kesuksesan, keselamatan, kemudahan dalam setiap usaha, kharisma dan wibawa alam sertai perisai dari gangguan bangsa manusia dan goib yg berniat jahat dan merupakan obat yang ampuh bagi semua penyakit yang secara medis di vonis tidak obatnya dll.
  • Amalkan saja secara ajeg/istikomah tanpa mengarap apapun kecuali Rahmat dan Berkah dari Gusti ALLAH TA’ALA maka hidup kita akan semakin mulya dunia akherat.
  • Amalan ini adalah amalan para solihin, semoga kita bisa menjaga ibadah kita.
  • Selamat Mengamalkan ilmu warisan para guru yang bijak. Apabila ada salah mohon di maafkan, terutama pada pemilik dan pewaris Amalan yang luar biasa ini. Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat bagi umat. wassalam.

sumber dari Wongalus



Sunday 17 July 2011

Ayatul Kursi senafas


Mula mengamalkan ayatul kursi senafas ini beberapa bulan yang lalu... ternyata beberapa minggu yang lalu saya menerima cobaan agak berat... pertahanan saya seperti berlobang... serang telah masuk di tempat lobang itu dan bersedia menyerang jantung saya... saya dapat rasakan hebatnya serangan itu...

mulanya... isteri saya telah diserang untuk melemahkan saya... dan saya rela menanggung risikonya dari isteri yang menanggungnya... ketika merukyah isteri dan membuang angin bisa dari tubuh dia... angin itu masuk terus menuju ke jantung dan paru-paru saya...membuat saya terbatuk-batuk tak henti-henti...

kesilapan saya...memandang enteng...atau ringan... saya merawat isteri tanpa benteng diri terlebih dahulu...nasib baik saya sempat berudhu... mungkin udhu itu benteng saya tapi tak mencukupi...

selepas merawat isteri saya tak berapa selesa... hingga ke Subuhnya... namun setelah solat subuh... saya membaca 9 kali ayatul kursi...dan 3 daripadanya saya baca dgn senafas... saya makrifatkan ke dada dan jantung saya.... Alhamdulillah... saya merasakan ada energy mengusir serangan di dada dan jantung saya... namun tak dapat mengeluarkanya... angin-angin bisa itu berada jauh dari dada..di kedua belah kaki dan tangan...

bagaimana saya mengeluarkan kesemuanya? inshallah saya akan sambung...

Saturday 16 July 2011

Nisfu Syaaban


salam Nisfu Syaaban...

Alhamdulillah... tahun ini saya tak terlepas meraikan kehadiran Nisfu Syaaban... saya joined sekumpulan jemaah... menyambut Nisfu Syaaban dengan membaca 3 kali Yassin berserta doa... semoga hajat dimakbulkan.. amin!!!

Friday 15 July 2011

Dirgahau Kebawah Duli Tuan Patek

Dirgahau Kebawah Duli Tuan Patek... semoga cita-cita Tuanku menjadikan Negara Brunei Darussalam menjadi negara zikir akan terlaksana...amin!!!

Thursday 14 July 2011

Jin Manggo


Ketika menguris sebuah rumah yang bermasalah...kami menerima panggilan dari hamba Allah... isteri dia kena rasuk... terpaksa keluar dari rumah dan menumpang rumah jiran sebelah... jam dah menunjukan kul 10 malam... kami pun datang... memang benar ada ganguan... saya rasa kes kali ini lain dari yang lain... kami pun mulakan rawatan... lebih kurang 1 jam belum juga keluar... degil punya jin... kemudian datang bantuan seorang perawat yang senior membantu kami...

Kami telah mengeluarkan banyak jin.. tinggal 10 lagi sahaja di badan perempuan itu...sangat degil... jin yang merasuk itu berasal dari mangga yang dipetik oleh perempuan itu kelmarin... beragama kristian... lebih kurang 2 jam barulah perempuan itu sedar...

Thursday 7 July 2011

Amalan melebur Jin


Surah Al-Hasyr ayat 21-24 memang dah menjadi amalan...ada org panggil ayat ini pengerun Jin dan melebur jin... jika dibacakan pasti lemah longlai para jin...

Bagi yang telah sebati,apabila dilafazkan saja ayat ini beserta niat,umpama lahar gunung berapi panasnya ...Selain dari ayat bakar atau lebur,ayat ni juga boleh memecah kan batu karang, memecahkan santau, meredakan bengkak, dan banyak lagi...

Kaedahnya amalkan selama 41 hari, baca sebanyak 3 pagi, 3 petang, 3 malam, 3 sebelum tidor...


Inshallah... sila rujuk blog benteng jiwa

Wednesday 6 July 2011

Minum atau tidak

Salam....

Beberapa hari yang lalu saya baru sembuh dari batuk... dah pergi ke beberapa klinik sebagai usaha rawatan zahir... namun belum sembuh-sembuh... selepas berjumpa klinik yang ke tiga... saya diberi beberapa ubat... salah satunya ubat batuk yang saya dapati ada kandungan alcohol dibawah 1%.... saya teragak-agak untuk minum... saya hanya memakan ubat antibiotic... namun batuk masih kuat dan pekat...

pada malam jumaat...batuk saya ditahap maksima... ringan rasanya meminum ubat batuk yang berisi alcohol itu... tapi terasa takut... saya text rakan-rakan yang bergelar ustaz... jawapan mereka berbeza-beza..

pendapat 1 - boleh minum kerna ia ubat dan bukan khamar..

pendapat 2 - boleh minum kerna ia ubat tapi kalau boleh cari ubat lain

pendapat 3 - tidak boleh...haram tetap haram...

Desakan untuk minum terlalu kuat...namun.... saya gagahi untuk bersabar...mungkin ini sebahagian dugaan...

Alhamdulillah pada besoknya..hari jumaat yang berkat... batuk hilang serta merta... pelik...tapi benar... Allah telah mencoba saya pada malam hari... dan menyembuhkan pada siang hari...

MashaAllah!!! Maha Suci Allah!!! Allahu Akhbar!!!.... Alhamdulillah!!!

Ya Allah! jgn Engkau duga hambamu ini dgn dugaan yang tak bisa ditanggung...amin... sembuhkanlah dikalangan kami yang sakit!..amin!!!!!

Tuesday 28 June 2011

Mail Kacip menghina Ulama

KASIHAN BERUBAT DENGAN DARUL S**A

"NAMPAK MACAM BETUL HAKIKATNYA BATHIL
NAMPAK MACAM SIHAT HAKIKATNYA TAMBAH SAKIT

saya bukan nak menuduh dan menfitnah jauh sekali dengki atau iri hati dengan kejayaan yang dicapai oleh pusat rawatan yang dipelopori oleh nama besar dato HD. saya sedih dan kasihan kepada pesakit yang mendapat rawatan dengan pusat rawatan tersebut.

ramai orang awam terkeliru dengan kemashuran beliau untuk mendapatkan rawatan disitu.

seorang bekas anak murid beliau dari berunei memberitahu bahawa berubat dengan mandi darah di bolehkan kata beliau."

SUMBER dari blog MAIL KACIP

Saturday 18 June 2011

Pontianak di luar rumah


Salam... saya dikejutkan dgn tangisan anak sulong yang terkejut dari tidur... jam baru menunjukan hendak tengah malam... dia dikejutkan dgn bunyi teriakan `pontianak atau kontilanak`.... merinding bulu roma jadinya... saya terus kebiliknya... tak dgr apa-apa...tapi anak masih terdgr teriakan pontianak... saya serapkan sifat positive mengatakan suara itu mungkin dari rumah sebelah atau suara adik perempuan dia... tapi dia masih dalam ketakutan...

lalu saya berudhu dan berzikir... saya berhenti dalam jam 2 subuh... setelah bulu roma saya dah kurang meninggi... keesokannya saya bertanya kepada kawan dan org berpengalaman... mereka kata ada gangguan dari luar rumah..tapi tak dapat masuk ke rumah...

beberapa hari kemudiannya... saya arahkan anak saya tidur semula ke bilik tidur dia... awalnya dia menolak ketakutan... tapi saya bagi dia semangat agar jangan takut... sebelum ini saya dah ajar dia dgn amalan bismillah 21, Empat Qul dan Ayatul Qursi... saya suruh dia lawan...

pada malam itu jua dia dengan adik lelakinya tidur semula ke bilik mereka... saya keletihan balik dari merawat so tak sempat jenguk mereka...

pada esoknya saya sempat bertanya...

saya... `apatah semalam?`

anak... `ada lagi babah bunyi org ketawa (maksudnya bunyi teriakan pontianak)`

saya... `nda kau takut?`

anak... ` nda...abah suruh aku lawan...jadi ku baca Ayatul Qursi banyak..banyak... sampai bunyi org ketawa itu hilang`

saya... `Alhamdullilah!!... macam atu tah anak lelaki..mesti berani`... saya bersyukur kehadrat Illahi... Allah telah tanamkan keyakinan dan keberanian di dalam dada anak saya yang baru hendak mencecah 10 tahun...

mungkin jika dia mengelami lagi...dia akan lebih bersedia...

Friday 17 June 2011

Mail Kacip melebarkan jejahan

hmm... tak sangka-sangka... Mail Kacip berkunjung kedaerah saya diatas jemputan seorang kawan... memang saya sendiri tak menyangka dan menduga... sebuah keluarga menjemput dia untuk merawat ahli keluarga yang sedang sakit...

saya tak mahu menceritakan secara detail akan perjumpaan dgn Mail Kacip... tetapi kedatangannya itu telah memang ditunggu dan amat memeranjatkan semua ahli keluarga... hehe..suspens... terlalu panjang ceritanya namun dipendekan dan disingkatkan...

1. Mail Kacip tak baca apa-apa ketika merawat... Bismillah pun tak kedengaran.. oklah..mungkin dia baca dalam hati seperti perempuan yang datang Haid atau Junub.. no big deal!!

2. Dia suruh kembali semua ubat-ubatan seperti air bertawari dari semua perawat...hmm... any comment?....

dan dia suruh buang semua air-air bertawari seperti air Yassin, Kahfi dan apa jua air ke dalam longkang

3. Dia akan membawa sepotong hadis sebelum bercakap mengenai sedekah kepada beliau...

4. Dia dengan mudah menghina perawat lain walau perawat itu bertaraf Ulama...jeng..jeng!!!!...


Akhirnya... keluarga itu tak jadi berubat dgn beliau... hehe..dia fikir semua orng boleh terpengaruh dgn dia...

so hati-hati.... namun jangan ambil 100% cakap saya ini... mungkin saya salah...

Monday 13 June 2011

Bismillah Lima


Saya hendak kongsikan satu ilmu dari senior saya..hmm... tak guna hendak menyembunyikan ilmu..tak memberi faedah...lebih baik disebarkan... panjang jua amalan... tapi bukan untuk menunjuk-nunjuk..minta maaf... hamba orang yang baru belajar....

begini.. jika ada orang yang pengsan atau tertidur disebabkan oleh gangguan mahluk halus.. maka baca Bismillah Lima sebanyak sekali atau lebih...kemudian tepuk bahu sebelah kiri.. inshallah dia akan sedar... saya dah coba...


Sunday 12 June 2011

Pokok yang berpenghuni

Telah berpuloh tahun rumah dan pokok itu hidup bersama-sama... rumah itu tak berpenghuni lagi telah menjadi sarang kegiatan yang tidak bermoral seperti menghisap dadah... saya ingat mungkin rumah itu dah dikosongkan lebih 30 tahun tahun... kini kerajaan telah mengambil alih tanah itu untuk pembesaran jalan... sebuah kontractor telah dilantik untuk meroboh rumah dan menabang (memotong) beberapa batang pokok...

Kontrator yang kepunyaan bangsa China itu telah berjaya merobohkan rumah tersebut... tetapi tidak sebatang pokok pun dapat ditumbangkan... pasti ada saja yang terjadi jika hendak menabang pokok itu... jentra rosak... pekerja jatuh sakit serta merta... lalu project itu telah terbengkalai...

namun mereka pun memohon kepada kami untuk mengusahakan tempat itu... hmm... sebenarnya saya langsung tidak terlibat dalam usaha ini... namun disaat-saat akhir saya terlibat jua...

Tidak ada masalah ketika menguris dibuat... hanya salah seorang rakan mengadu kepala dia terasa sakit serta merta...hmm... memang tempat itu hebat penghuninya...

Thursday 9 June 2011

Ruqyah Jibrail


Dalam masa 2 hari saya tak tentu rasa.... apabila jari kelingking saya terhentak pintu pagar (gate) rumah... jika difikirkan mungkin jari saya akan retak atau patah... tapi Alhamdulillah... hanya bengkak sahaja... dan luka sedikit... lalu ke clinic kena suntik... namun impact dia amat kuat... bisa pada tangan... jantung tak henti-henti berdebar-debar... mungkin hentakan itu terkena urat jantung...sebab itu jantung saya lain macam...

dan pada Dua malam berturut-turut saya bermimpi membaca rukyah jibrail untuk penyembuhan sakit saya... padahal saya belum lancar ayat tersebut...ayatnya seperti diatas tetapi ada perbezaan sedikit... syukur... sakit saya ada kurang sedikit...

Wednesday 8 June 2011

Manzil


Saya terjumpa blog seorang pengamal ilmu perubatan Islam juga pengamal Ayat-ayat Manzil... banyak perkara yang ditengahkanya untuk kita baca dan kaji... dia seorang pengamal ilmu tenaga dalam dikuatkan dgn amalan ayat Manzil...

sila kunjungi blog saudara Junied bagi membaca sendiri pengalaman beliau... pasti anda akan keblog itu setiap masa terluang...

Semakin sembuh


Kelmarin saya merawat ibu mertua... saya sangat terkejut melihat perubahan ibu mertua yang sangat ketara... perut busung dia semakin mengepis... dan kedua kaki beliau sudah tidak sekeras kayu dan bengkak lagi...

Alhamdulillah... saya sangat terunja... usaha kami sudah menampakan hasil...saya hampir setiap minggu merawat ibu mertua... beliau tidak mahu perawat yang lain lagi kecuali saya semenjak beberapa bulan yang lalu... dia begitu percayakan saya dan rajin meminum air yang saya beri...

begitulah... apa bila keyakinan telah ada di hati... bertapa keyakinan itu amat penting untuk sembuh.... samalah jua jika beramal... hendak yakin terlebih dahulu sebelum beramal... jika tidak... semuanya hanya sia-sia...

Saya beri sedikit kata-kata untuk menaikan moral ibu mertua...agar sentiasa tabah dan terus tabah... penyakit itu ibaratkan sebuah bukit atau gunung... tak akan rata bukit atau gunung itu dengan sekali cangkul... begitulah penyakit.... tak akan baik terus hanya sekali rawatan... tergantung kepada parahnya penyakit itu...

Isteri pun begitu gembira... tergambar diwajahnya... bertambahlah keyakinannya kepada saya... tidak secara langsung menambah sokongannya kepada saya untuk meneruskan perubatan Islam ini....

Friday 3 June 2011

Takut membaca Dua Kalimah Sahadat


Kami terima lagi panggilan kecemasan di sebuah kampung yang agak terpencil... jam sudah menunjukan 12 tengah malam... tapi orang berhajat perlu disampaikan...

apabila sampai dirumah pesakit..kami dikejutkan dgn keadaan rumah tersebut.... rumah itu dua tinggkat... ditingkat atas tempat tinggal...dan bawah tempat memelihara burung...adui!!,.. tak sanggup mencium bau najis burung tersebut... seumpama seperti di kawasan zoo...

kedua-dua anak dan isteri beliau kerasukan...kesian... salah seorang anak tersebut tidak ingat siapa dirinya...seperti hilang ingatan...dan apabila disembuhkan dia seperti ketakutan...beberapa kali dipujuk untuk menyebut KALIMAH SAHADAT..tap dia tidak mahu...

`Ya Allah!! berilah taufik dan hidayat!!!!!

isteri dan salah seorang anak tuan rumah belum sedar-sedar... walau di rukyah kedua kalinya pun tetap sama... tido.,,,bangun,...tido semula... kemudian perawat senior menepuk bahu sebelah kiri... tiba-tiba dia terbangun...hehe...

saya pun diajarkan teknik itu,,,syukur ayat yg diajarkan adalah amalan saya...Alhamdulillah anak tersebut sedarkan diri...



Thursday 2 June 2011

Jangan terjun!!!


kami baru menerima panggilan kecemasan... ada kerasukan di flat kawasan bandar... dan baru saja naik tinggat empat... kami dikejutkan dengan teriakan ahli keluarga...

Ustaz! ustaz!..lakas... adik saya hendak terjun dari tingkap!!! (saya bukan ustaz)

apalagi saya terus berkejar ke ruang tamu...saya nampak pesakit berjaya membuka tingkap..tetapi sempat dipegang oleh emak dan adik dia... puh!!! nasib baik...

lalu saya membaca Basmallah...dan menepuk kedua bahu dia...lalu rebah... adui!! bukan main beratlah..haha... mungkin 80 kg keatas... nasib baik ada rakan jua menyambut dia..

syukur... kami ditemani oleh seorang perawat yang berpengalaman... adalah juga ilmu diterima dari beliau... tak kendekut ilmu... pesakit pun tak lama sedar semula...

rupanya... dia pernah berubat dgn seorang bomoh kelmarin.... tetapi bomoh itu cabut lari kerna tak berjaya menyedarkan pesakit.. kesian... lalu salah seorang saudara pesakit menelefon kami...

Alhamdulillah...


Tuesday 31 May 2011

Ilmu Scan

Sumber dari Junied

Sebaik-baiknya seorang perawat itu tahu
ilmu 'scan' dan antara kegunaannya...

1.Mengesan jin dalam badan...

2.Mengesan jin dalam sesuatu ruang...

3.Mengesan jin dalam sesebuah bangunan...

4.Mengesan jin dalam sesebuah kawasan...

5.Mengesan penggunaan dan kedudukan alat
sihir...samada di dalam atau yang di simpan
di luar tubuh manusia...

6.Mengesan jenis dan sebab kedatangan jin...

7.Mengesan laluan jin...samada laluan masuk
badan...atau laluan di dalam rumah atau pada
sesuatu kawasan...

...dan sebagainya...

Kelebihannya...

1.Anda tak perlu terlalu banyak bertanya pada
pesakit...

2.Memudahkan anda mengenal pasti bentuk serta
keperluan dalam rawatan...

3.Proses rawatan mungkin akan lebih mudah...
(mungkin saja dan bukan semestinya...)

4.Mengelak penipuan jin yang tak keluar...
sebaliknya bersembunyi dalam badan...

5.Memudahkan serangan ke atas jin yang terlibat.

...dan sebagainya...

BOLEHKAH JADI PERAWAT TANPA ILMU 'SCAN'?

Cara ganti ilmu 'scan' ialah anda bertanya secara
langsung pada pesakit...sebelum memulakan rawatan.

Dan satu cara mudah anda nak pastikan samada pesakit
itu sakit biasa semata-mata...atau ada gangguan...
lekapkan tapak tangannya ke atas belakang tapak
tangan anda...dan kalau perlu...alaskan kain nipis
agar kulit tak bersentuhan...dan juga haba dari tapak
tangan pesakit tak tehalang sampai ke kulit anda....

Kalau anda merasa tapak tangannya lebih panas daripada
suhu yang sepatutnya...contohnya anda merasa ia panas
membahang...sangat besar kemungkinannya dalam badan
pesakit itu ada jin...atau angin bisa jin..

Kemudian anda boleh bertanya....dan...
antara perkara yang perlu diambil perhatian iaitu :

1.Gejala gangguan yang di alami...

2.Tempat-tempat sakit...

...dan samada ia panas...berpindah-pindah...ada benda
bergerak..sakit berdenyut...bermasa...dan sebagainya
serta gejala-gejala lain yang dirasa semasa sakit itu
mendatang...

3.Gangguan fikiran dan perasaan...

4.Dada berdebar-debar tanpa sebab...

5.Mimpi...

6.Mungkin ada sesuatu tempat tertentu ia akan jatuh
sakit tanpa sebab munasabah...

7.Ulasan dan rawatan hospital kalau ada...

...dan sebagainya...dan anda boleh merujuk kepada
semua tanda-tanda ada saka...dan berbagai gejala
gangguan jin...dan anda bertanya pada mana-mana per-
kara yang di fikirkan sesuai...

Dan apabila selesai dirukyah...pesakit boleh ditanya
samada masih sakit...atau ada tempat yang tiba-tiba
menjadi sakit...nyilu...panas..berat...rasa tebal...
ada benda bergerak...dan sebagainya...

Maka menunjukkan kemungkinan sangat besar...jin itu
masih di dalam...

Antara tempat persembunyian jin...

1.Bahagian belakang kepala...

2.Belakang daun telinga...

3.Tengkuk...

4.Belakang bahu...

5.Tulang belakang...

6.Ketiak...

7.Perut...

8.Lutut atau belakang lutut...

9.Buku lali...

10.Tapak kaki...

11.jari-jari kaki atau tangan...

12.Tumit...

...dan sebagainya...

PROSES SETERUSNYA...bergantung kepada bidang ke-
pakaran perawat...dan antaranya...

1.Pesakit disuruh buat amalan-amalan tertentu se-
perti ayat-ayat yang perlu diamal...perlu didengar
...buat mandi dan sebagainya...

2.Jin itu ditekan atau dipicit untuk menyeksa dan
memaksanya keluar...

3.Jin itu dibunuh dengan disembelih...dan sebagainya.

Kalau perawat guna tenaga dalam maka antara proses
seterusnya...

1.Jin itu ditarik keluar melalui liang roma...ubun-
ubun...atau hujung-hujung jari kaki atau tangan...

2.Jin itu ditolak keluar...melalui laluan di atas...

3.Jin itu dipukul dengan tamparan ketempat sakit...
kemudian digenggam dengan makrifat dan ditarik
keluar...

4.Jin itu dicincang...dipancung atau disembelih...

5.Tubuh jin itu dipecah atau diletupkan...

6.Jin itu diseksa bakar dan disuruh keluar...

...dan sebagainya...

Tapi kalau anda cuma buat air doa...maka pesakit
cuma perlu minum...mandi...dan kalau ada amalan
lagi baik...kerana air itu akan meratai seluruh
tubuh dan anggota...

Dan kalau anda mahu lebih khusus...antaranya ada
3 cara...

1.Pegang bekas air doa dengan tangan kiri...
telunjuk jari kanan sentuh tempat sakit...dan baca
BISMILLAH LIMA..7 kali.

Tiup perlahan ke tempat sakit dan sebelum habis
nafas...tiup ke air doa...bermaksud...rawatan
untuk seluruh tubuh badan tapi ada pengkhususan
pada tempat sakit...

2.Atau baca Ayat Seribu Dinar 3 kali...dan tiup
seperti kaedah di atas...cuma tak perlu sentuh
tempat sakit...hanya tunjuk dengan jari telunjuk
sahaja.

3.Atau baca Fatihah sekurang-kurangnya sekali
dan dengan mana-mana kaedah samada kaedah no.1
atau no.2 diatas.(Tapi kalau fatihah 7 kali lebih
baik lagi).

Wallohu a'lam

Sunday 29 May 2011

Haikal


Beberapa tahun yang lalu..mungkin dah lebih 5 tahun... saya pernah diijazahkan zikir Doa Haikal berserta kaifiat dia... cukup dgn tawasul... zikir dan doa selepas zikir Haikal...

masih ingat...saya dan sepasang suami isteri berasal dari Aceh... pada tengah malam..kami bertiga diijazahkan... sejak itu saya mengamalkan Haikal... tapi..sekarang tidak lagi... rasa sedih jua...

namun kebelakangan ini..hati saya digamit-gamit...untuk mengamalkan kembali... hmmm.... kena back to square one... lancarkan dan hafal...dan amal...


Saturday 14 May 2011

Ibu Gayong

Sumber dari blog Kajian Ilmu Ghaib

Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan post. Alhamdulilah ari ni pak cik da abis da study. So, tamat lah perjuangan pembelajaran peperiksaan dalam hidup pak cik. Puas da belajar pasal peksa ni. Skang pak cik da boleh belajar apa yang pak cik suka skang. Dan skang pak cik tengah belajar hacking.. Yahoooo….

Hari ni, jom, pak cik akan sentuh sikit mengenai ilmu persilatan ni. Ramai yang nak tau pasal ibu gayong ni. So, pak cik pun belek2 belek la internet, nak cari info yang best. Agak jauh kebelakang, baru ler pak cik jumpa. Rupa rupayanya ibu gayong ni cerita dia banyak versi.

Ok, kita bermula dahulu dengan sebab kenapa sekarang ni susah nak tengok orang jalan jalan kat udara? Ataupun tumbangkan pokok pakai sebelah tangan? Ataupun berenang dari darat sampai ke pulau tanpa rasa termengah, siap bawak jajan lagi masa berenang. Ataupun bila da boring kat darat, nak pegi kat udara, sebab nak gie tangkap burung 2 yang tengah terbang.

Setelah mengamati cerita cerita guru guru silat lama ni, maka terungkai la kesah kenapa sekarang benda benda camni susah sangat nak tengok. Kalo dulu, menda ni benda small matter je. Cam Oi Ali, boring la, mai pi tangkap burung merbuk nun, Ali pun, jom .. dua2 pun melompat lompat kat udara. Orang tengok,.. eh, wat apa la dua orang tu,.. oooo tengah tangkap burung…

Benda tu simple present tense je. Tapi sekarang cuba korang tengok ada orang melompat2 kat udara, eh, tak yah la, nampak orang terjun dari tingkat 2 pun korang dah.. Fuyoooohhh..Tu yang guru guru lama tak mau da tunjuk memenda camtu, nanti korang taksub gegila bebabi… Taaksub tu kalo makin teruk jadi syirik.. Bahaya bro…So, ilmu ilmu camni pun sebenarnya tak terkunci pun, tapi dikunci sendiri oleh mentaliti orang ramai.

Jadi, nak belajar semua tu boleh, cuma kroang kena cari la gurunya… Ok.. sebenarnya pak cik tak cakap apa yang pak cik cakap pasal ibu gayong ni adalah perkara yang muktamad. Sebenarnya banyak sangat versi cerita mengenai ibu gayong ni. Pada mulanya, boleh la dikatakan bahawa ibu gayong merupakan asas kepada segala persilatan yang ada dinusantara ni.

Ibu gayong ni bukan ada kaitan ngan silat gayung pun. Ibu Gayong ni dah dipecahkan oleh seorang tua kepada 7 elemen yang mana elemen tu mungkin jin, ataupun benda benda lain. Dari 7 elemen tu la terbit nya silat silat lain cam cekak, gayung, rimau, patani, megan cemandi dan sebagainya. .

Ok, anggap je, post ni akan tenggelam.. Bagi pak cik ia lebih selamat sebab ibu gayong ni ampuh.. Bawah ni merupakan amalan ibu gayong :-

Ibu Gayong ada lapan ayat… cari ayat2 dibawah dalam Quran ya :-

  1. Ali Imran Ayat 28
  2. An Nisa Ayat 137-139
  3. An Nisa Ayat 84
  4. An Nisa Ayat 92-94

Amalkan membacanya selepas selesai solat subuh dalam 3 hari ini sahaja… Setiap bulan dalam bulan Islam iaitu :-

  • 1,2,3 awal bulan
  • 13,14,15 tengah bulan
  • 27,28,29 bulan gelap…

Ingat, ikut kalendar Islam, bukan kalendar gregori tu…