Saturday, 14 May 2011

Ibu Gayong

Sumber dari blog Kajian Ilmu Ghaib

Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan post. Alhamdulilah ari ni pak cik da abis da study. So, tamat lah perjuangan pembelajaran peperiksaan dalam hidup pak cik. Puas da belajar pasal peksa ni. Skang pak cik da boleh belajar apa yang pak cik suka skang. Dan skang pak cik tengah belajar hacking.. Yahoooo….

Hari ni, jom, pak cik akan sentuh sikit mengenai ilmu persilatan ni. Ramai yang nak tau pasal ibu gayong ni. So, pak cik pun belek2 belek la internet, nak cari info yang best. Agak jauh kebelakang, baru ler pak cik jumpa. Rupa rupayanya ibu gayong ni cerita dia banyak versi.

Ok, kita bermula dahulu dengan sebab kenapa sekarang ni susah nak tengok orang jalan jalan kat udara? Ataupun tumbangkan pokok pakai sebelah tangan? Ataupun berenang dari darat sampai ke pulau tanpa rasa termengah, siap bawak jajan lagi masa berenang. Ataupun bila da boring kat darat, nak pegi kat udara, sebab nak gie tangkap burung 2 yang tengah terbang.

Setelah mengamati cerita cerita guru guru silat lama ni, maka terungkai la kesah kenapa sekarang benda benda camni susah sangat nak tengok. Kalo dulu, menda ni benda small matter je. Cam Oi Ali, boring la, mai pi tangkap burung merbuk nun, Ali pun, jom .. dua2 pun melompat lompat kat udara. Orang tengok,.. eh, wat apa la dua orang tu,.. oooo tengah tangkap burung…

Benda tu simple present tense je. Tapi sekarang cuba korang tengok ada orang melompat2 kat udara, eh, tak yah la, nampak orang terjun dari tingkat 2 pun korang dah.. Fuyoooohhh..Tu yang guru guru lama tak mau da tunjuk memenda camtu, nanti korang taksub gegila bebabi… Taaksub tu kalo makin teruk jadi syirik.. Bahaya bro…So, ilmu ilmu camni pun sebenarnya tak terkunci pun, tapi dikunci sendiri oleh mentaliti orang ramai.

Jadi, nak belajar semua tu boleh, cuma kroang kena cari la gurunya… Ok.. sebenarnya pak cik tak cakap apa yang pak cik cakap pasal ibu gayong ni adalah perkara yang muktamad. Sebenarnya banyak sangat versi cerita mengenai ibu gayong ni. Pada mulanya, boleh la dikatakan bahawa ibu gayong merupakan asas kepada segala persilatan yang ada dinusantara ni.

Ibu gayong ni bukan ada kaitan ngan silat gayung pun. Ibu Gayong ni dah dipecahkan oleh seorang tua kepada 7 elemen yang mana elemen tu mungkin jin, ataupun benda benda lain. Dari 7 elemen tu la terbit nya silat silat lain cam cekak, gayung, rimau, patani, megan cemandi dan sebagainya. .

Ok, anggap je, post ni akan tenggelam.. Bagi pak cik ia lebih selamat sebab ibu gayong ni ampuh.. Bawah ni merupakan amalan ibu gayong :-

Ibu Gayong ada lapan ayat… cari ayat2 dibawah dalam Quran ya :-

  1. Ali Imran Ayat 28
  2. An Nisa Ayat 137-139
  3. An Nisa Ayat 84
  4. An Nisa Ayat 92-94

Amalkan membacanya selepas selesai solat subuh dalam 3 hari ini sahaja… Setiap bulan dalam bulan Islam iaitu :-

  • 1,2,3 awal bulan
  • 13,14,15 tengah bulan
  • 27,28,29 bulan gelap…

Ingat, ikut kalendar Islam, bukan kalendar gregori tu…

3 comments:

  1. wahhh ... Menarik sungguh post tuan berkenaan IBU GAYONG ni, terlebih dahulu saya ucapkan salaaaam sejahtera dan saalaaaamualaikum.

    Memang tidak dinafikan IBU GAYONG ni memang wujud, sesiapa yang mendalami seni persilatan, memang inilah rahsia segala rahsia ..

    Ayah saya pernah menceritakan yang guru silat (banteng betawi)beliau dahulu seorang yang berbadan sasa dpt membuka silat beliau di atas meja dengan berdiri di hujung hujung meja .... Wahhh amat terpegun saya mendengar ... Ala ala IP MAN 2

    Ada juga saya pernah mendengar dari persilatan gayung helang acheh putih boleh bertiti di atas daun pisang ... Hebat sungguh ... Ada yang dari persilatan lain dpt memetik buah kelapa dengan menunding jari jer kat buah tu

    ada gak dari persilatan harimau berantai dapat melompat setinggi 20 kaki

    izinkan saya mengambil amalan ini agar saya dpt merujuk kepada guru saya ...


    Wsalaaaaaam

    ReplyDelete
  2. salaams, menarik baca artikel..sesuatu yang saya tak pernah sebelum ini.

    ReplyDelete
  3. salam,saya peminat ilmu persilatan, so cerita pasal ibu gayung ni daripada bangku sekolah lagi saya dah ambik tahu. Bukan apa..kerana minat. Bila dah dewasa saya mula memanjangkan langkah untuk mencari kelebihan2 ini termasuklah ibu gayong. Bermacam jenis aliran persilatan dan kebatinan yang saya temui. Seperti Kipas Raja Nandung,Guris Laksamana,Bisik, Semak, Gendang Bersendi, Kota Tauhid, Jengkal Sebelas dan macam2 lagi. Percayalah..kebanyakannya datang dari agama kita yang jika nak disembangkan perlu mempunyai kefahaman yang mantap dalam aqidah. Apa yang saya temui pemegang2 amalan ini kebanyakkan mengamalkan ilmu yang telah terputus sanad dan salah silah. Disebabkan itu ilmu2 ini mempunyai pantang larang yang jika dilanggar akan menimbulkan bencana kepada pengamal. Istilah atau nama amalan kebanyakannya dinamakan oleh nenek moyang kita yang terdahulu. Penerangan yang lebih mantap jika anda dapat menghubungi ABJAD MALAYSIA p.k.2090 Negeri Selangor dan Perak untuk mendapatkan huraian yang jelas dan lengkap iaitu Ustaz Zainuddin Othman dan Ustaz Yunus Mohd.Ali untuk dapatkan buku Misteri Alam Melayu.

    Sekian..

    ReplyDelete