Friday 13 May 2011

Salamun (Ayat Keselamatan) untuk ruqyah



Sumber dari blog Muallij

Ayat Salamun bukanlah berasal dari silat cekak tetapi ianya berasal dari al-quran sebagaimana ayat syifa. Jikalau melihat kepada fadhilat, 30 hari 30 malam belum tentu habis bercerita tentang Salaamun, kerana hakikat salaamun ini luas, darinya maka terbentuk yang disebut majazi Rahman dan Rahim. Hakikat salam itu sendiri perlu jelas, supaya faham dan hayati setiap amal, qauli, fi'li dan qalbi. Terdapat 19 ayat salamun di dalam al-quran seperti di bawah ini (ia juga disebut 19 salamun):

Ayat 19 Salamun


1. Al-An`aam:054
وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ
Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun alaikum

2. Yunus:010
وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ وَءَاخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam". Dan penutup do`a mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil `aalamin

3. Hud: 11
وَلَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَى قَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ
Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Selamat." Ibrahim menjawab: "Selamatlah,"

4. R'ad:24
سَلاَمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ
"Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu.

5. Al-Nahl:32
سَلامٌ عَلَيْكُمُ ادْخُلُواْ الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
"Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan".

6. Maryam:015
وَسَلَامٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ وَيَوْمَ يَمُوتُ وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّا
Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali.

7. An-Naml:059
قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسَلَامٌ عَلَى عِبَادِهِ الَّذِينَ اصْطَفَى آللَّهُ خَيْرٌ أَمَّا يُشْرِكُونَ
Katakanlah: "Segala puji bagi Allah dan kesejahteraan atas hamba-hamba-Nya yang dipilih-Nya. Apakah Allah yang lebih baik, ataukah apa yang mereka menyekutukan dengan Dia?"

8. Al-Qashash:055
وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ
mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil".

9. Al-Ahzab:044
سَلَامٌ وَأَعَدَّ لَهُمْ أَجْرًا كَرِيمًا
Salam dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka.
10. Yassiin:058
سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ
"Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.
11. Ash-Shaaffaat:079
سَلَامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam".
12. Ash-Shaaffaat:109
سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".
13. Ash-Shaaffaat:120
سَلَامٌ عَلَى مُوسَى وَهَارُونَ
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Musa dan Harun".
14. Ash-Shaaffaat:130
سَلَامٌ عَلَى إِلْ يَاسِينَ
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ilyas?"
15. Ash-Shaaffaat:181
وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ
Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul.
16. Az-Zumar:073
سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ
"Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya".

17. Az-Zukhruf:089
فَاصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَامٌ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)." Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).

18. Surah Adz-Dzaariyaat:25
سَلَامٌ قَوْمٌ مُّنكَرُونَ
"Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.

19. Al-Qadr:005
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

15 Salamun

15 Salamun adalah untuk tujuan pagar rumah. Dibaca 15 salamun dari ayat kelima hingga kelima belas dari ayat 19 Salamun tadi sebelum proses pagar rumah, kemudian baca ayat berikut di setiap penjuru:
فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْباً
Maksudnya: Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Al-Kahfi : 97)

Buat di empat penjuru. Apabila sampai penjuru terakhir, di akhir ayat tadi sambung ayat berikut:

اللّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). (Surah Al-Baqarah:15)

وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ عُدْوَاناً وَظُلْماً فَسَوْفَ نُصْلِيهِ نَاراً وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللّهِ يَسِيراً
Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya). (An-nisa:30)

3 Salamun

بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ (٦٩) سورة الأنبياء
سَلامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ (٧٩) سورة الصافات
سَلامٌ قَوْلا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ (٥٨) سورة يس
سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (٥) سورة القدر
Khasiat 3 Salamun ialah untuk megurangkan panas api terutamanya untuk suri rumah atau tukang masak di hotel, restoren atau juga untuk mereka yang terlibat dengan industri yang melibatkan api seperti petronas, arang batu, kayu api dan lain-lain.

7 Salamun

7 Salamun itu sendiri banyak versi yang ada. Juga tidak menjadi masalah, asal jelas dengan hakikat salam itu. 7 Salamun versi ini (berasal dari Ustaz Wan Asrul telah diuji oleh Al-Muallij Faizal dari Akrine. Menurutnya, kaedah tikam dan tembak yang diperolehi dari AKRINE, halakan jari telunjuk pada tempat jin duduk kemudian baca 7 Salamun (dari ilmu perubatan Ustaz Wan Asrul) jika ia bergerak hala terus ke mulutnya, insya Allah jin akan keluar.


بسم الله الرحمن الرحيم
سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ Yassiin:058
سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ Ash-Shaaffaat:109
سَلَامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ Ash-Shaaffaat:079
سَلَامٌ عَلَى مُوسَى وَهَارُونَ Ash-Shaaffaat:120
سَلَامٌ عَلَى إِلْ يَاسِينَ Ash-Shaaffaat:130
سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ Az-Zumar:073
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِAl-Qadr:005
. Terdapat versi khusus untuk sihir dan saka iaitu:

7 Salamun
Versi 7 salamun ini ditambah dengan selawat sulaiman. 7 Salamun versi ini digunakan untuk sihir, santau, susuk, sihir dan saka. Versi ini adalah dari Muallij Mustaqim. Ijazah terbuka untuk semua dan ijazah khusus hanya untuk mereka yang telah menghadiri seminar Muallij Islamiah kerana ijazah khusus menjelaskan lebih detail cara penggunaannya.


بسم الله الرحمن الرحيم
سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ Yassiin:058
سَلَامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ Ash-Shaaffaat:079
سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ Ash-Shaaffaat:109
سَلَامٌ عَلَى مُوسَى وَهَارُونَ Ash-Shaaffaat:120
سَلَامٌ عَلَى سُلَيْمَانَ فِى الْعَالَمِيْنَ selawat sulaiman
سَلَامٌ عَلَى إِلْ يَاسِينَ Ash-Shaaffaat:130

Al-Qadr:005 سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Semoga dengan pendedahan Ayat Salamun ini, maka ilmu yang terpencil sekian lama ini akan menjadi universal serta amalan harian bagi umat Islam di dunia ini, insya Allah.

No comments:

Post a Comment