Thursday 20 May 2010

TOK BELAGAK DARUL SAKA ADALAH BATHIL?

untuk makluman article ini berasal dari blog Mail Kacip... betulkah ilmu tok belagak adalah bathil?... anda boleh nilai sendiri siapa sebenarnya bathil... baca ulasan saya pada article 22 dan 23 May 2010...

"Untuk pengetahuan umum saya telah beberapa kali menyeru tok belagak untuk berjumpa dan berbincang berkenaan Ilmu Haq dan Ilmu Bathil. Tujuan saya mengajak tok belagak berbincang adalah hendak menunjukkan jalan keluar dari kebathilan dan mengambil yang Haq sahaja.

Ilmu yang diajar oleh tok belagak banyak yang bathil jika tok belagak tak disedarkan maka akan bertambah ramai lagi manusia akan terjerumus kelembah kebatihalan angkara tok belagak. Tok belagak mendakwa boleh buang saka tetapi hakikatnya saka itu tidak juga pergi malahan tok belagak sendiri ada saka besar yang masih ada dalam dirinya. Sebenarnya tok belagak tak tahu cara yang betul kaedah membuang saka. Saya hendak menunjukkan kepada tok belagak kaedah yang betul-betul berkesan untuk membuang saka namun respone dari tok belagak amat negative malah mencaci, menghina, memperlekeh dan memperolok-olokkannya. Kebanyakan ilmu yang di ajar oleh tok belagak berbentuk sihir seperti ilmu pengasih dan banyak lagi.

Banyak setan dan kuncu-kuncunya telah menjadikan tok belagak sarang markasnya kerana ilmu dan amalan tok belagak yang salah. Sesiapa saja yang berguru dan mengambil ilmu dari tok belagak maka setan dari tok belagak akan mengikut orang yang belajar dan mengambil ilmunya. Setan akan terus membiak dan menjadikan pengikutnya markas baru. Oleh kerana tok belagak tidak keluar dari kebathilan maka apa saja perkara dan ilmu tok berlagak adalah kotor walaupun ada juga ilmu yang nampak baik dari tok belagak maka ia tetap bersetan. Sebagai contoh bekas yang telah digunakan berisi racun jika tidak di basuh dan dikeluarkan racunnya kemudian digunakan pula untuk mengisi susu maka sesiapa saja yang minum susu dari bekas tersebut akan keracunan. Tok belagak sangka ilmunya betul hakikatnya adalah bathil.

Tujuan saya membuat kenyataan ini adalah semata-mata untuk memberitahu kepada umum betapa ruginya belajar dan mengambil ilmu tok belagak.

Kepada sesiapa yang telah terambil ilmu dari tok belagak dan sepertinya hendak melepaskan setan dari tok belagak anda PULANGKANlah apa saja ilmu yang anda ambil dari tok belagak dengan melafaskannya sama ada melalui perkataan, tulisan, email, sms, fax kepada tok belagak dan orang sepertinya,

contoh lafas:

“Saya sekeluarga(jika dah berkeluarga) PULANGKANKAN apa saja ilmu yang saya ambil dari tok belagak”

Segala iblis, setan, jin dan kuncu-kuncunya kepunyaan tok belagak yang ada pada diri dan keluarga anda akan kembali kepada tuannya.

Lepastu jangan ambil apa-apa ilmu dari tok belagak dan tingalkan tok belagak.

Saya tidak berniat hendak memburuk-burukkan tok berlagak. Sudah banyak kali saya seru tok belagak namun tok belagak terus dengan lagaknya sungguh kurang sopan mencaci, menghina, memperlekeh, memperolok-olok dan saya kesihan kepada sesiapa yang mengambil ilmu tok belagak akan beroleh makhluk durjana. Sia sia belaka belajar dengan tok belagak.

Saya bukan buat fitnah atau irihati dengan tok belagak. Saya sedia membuktikan kebathilan tok belagak anda nilaikannya sendiri. Tak cuba tak tahu.

Kepada sesiapa yang hendak mendapatkan penjelasan secara detail dimana bathilnya ilmu tok belagak silalah buat temu janji Insaallah akan dijelaskan. Call 019 3619305"

2 comments:

  1. SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan melakukan siasatan terperinci berhubung ajaran dibawa seorang lelaki dikenali sebagai Tok Belagak yang bernaung di bawah persatuan Darul Saka yang bergiat aktif di pinggir bandar raya ini.

    Pengarah Bahagian Siasatannya, Shahrom Maarof berkata, pihaknya pernah melakukan siasatan berhubung perkara itu tahun lalu selepas menerima maklumat pengadu yang mendakwa ajaran dibawa lelaki berusia 50-an itu meragukan.

    Menurutnya, ketika itu Jais mendapati tiada perbuatan menyalahi hukum syarak dilihat sewaktu melakukan penyiasatan terhadap Tok Belagak.

    “Bagaimanapun kami akan menyiasat sekali lagi selepas pendedahan seorang pengadu disiarkan Harian Metro. “Dalam beberapa hal, (bukan merujuk kepada Tok Belagak) kita bimbang jika ilmu perubatan sesuatu ajaran yang disalurkan kepada pengikut menyebabkan pengikut taksub sekali gus apa pun kata guru, mereka kata betul.

    “Mengikut Seksyen 8B Enakmen Jenayah Syariah Selangor, sesiapa menyatakan dia mengetahui perkara di luar pemahaman manusia boleh didakwa. Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

    Menurutnya, Jais berharap pengadu tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya.

    Katanya, beberapa tahun lalu pihaknya pernah menyiasat mengikut Seksyen 8B Enakmen Jenayah Syariah Selangor mengenai seorang wanita di Ampang yang mengaku wali dan mendakwa boleh nampak roh turun.

    “Tetapi setakat diketahui, ajaran Tok Belagak tak menampakkan ciri-ciri penyelewengan namun kami akan tetap menyiasat,” katanya

    Laporan muka depan Harian Metro semalam memetik, seorang ibu tunggal berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti mendakwa bimbang dua anak lelakinya berusia lingkungan 30-an terpesong akidah Islam sebenar apabila didapati melakukan beberapa amalan pelik selepas didakwa menyertai kumpulan diketuai Tok Belagak itu.

    Aku cukup tertarik dengan kes ni, Yang jadi persoalan sekarang ni apa tujuan Wanita tersebut..???

    Mengapa dia nak Jatuhkan Darul Saka dan Tok Belagak ???

    Kerana kalau nak ikutkan berita diatas, darul saka pernah disiasat dan diperhatikan namu

    Read more: http://dnobiz.com/info/jais-ajaran-tok-belagak-tak-menampakkan-ciri-ciri-penyelewengan/#ixzz1STRbWbS7

    ReplyDelete
  2. darulsakit.blogspot.com/ cakap banyak tak guna..ni ex-student2 belagak..

    ReplyDelete