Friday 22 January 2010

Selawat Fatih



Sholawat al-Fatih memiliki 8 martabat keutamaan, dibawah ini hanya keutamaan pada martabat yang pertama saja, sedangkan yang lainnya dirahasiakan oleh Allah SWT, diantaranya adalah :

1. Membaca sholawat al-Fatih 1x setiap hari di jamin hidup bahagia dunia dan akhirat

2. Membaca sholawat al-Fatih 1x menghapus semua dosa

3. Membaca sholawat al-Fatih 1x menyamai pahala ibadah semua mahluk di alam semesta ini 6000x lipat

4. Membaca sholawat al-Fatih 1x menyamai pahala sholawat yang dibaca oleh seluruh mahluk dari awal di ciptakan sampai sekarang 600x lipat

5. Membaca sholawat al-Fatih 1x setiap hari, di jamin mati membawa iman ( husnul khotimah ).

6. Membaca sholawat al-Fatih 10x di malam jum’at lebih besar pahalanya dari pada ibadah seorang wali yang tidak membaca sholawat al-Fatih selama 1 juta tahun.

7. Pahala sholawat al-Fatih dapat menutupi dan mengganti kesalahan yang pernah ia lakukan terhadap orang lain, sehingga ia dapat mengganti tuntutannya di hari kiamat.

8. Membaca sholawat al-Fatih 100x di malam jum’at menghapus dosa 400 tahun.

9. Syekh Ahmad at-Tijany r.a berkata :”Keistimewaan sholawat al-Fatih sangat sulit di terima oleh akal, karena ia merupakan rahasia Allah SWT yang tersembunyi. Seandainya ada 100,000 bangsa, yang setiap bangsa itu terdiri dari 100,000 kaum, dan setiap kaum terdiri dari 100,000 orang, dan setiap orang diberi umur panjang oleh Allah SWT sampai 100,000 tahun, dan setiap orang bersholawat kepada nabi setiap hari 100,000 x, semua pahala itu belum dapat menandingi pahala membaca sholawat al-Fatih 1x. ( al-Fathur Robbany karya Sayyid Muhammad bin Abdillah as-Syafi`ie at-Thoshfaawy at-Tijany hal 99-100 )

Diperolehi dari Karomah

Sunday 10 January 2010

Hafal Al-Mulk

Surah Al-Mulk atau di kenali dengan surah Tabarak.... memang jadi amalan Rasulullah dibaca sebelum beliau tidur.. dan baginda begitu suka jika di dada umatnya tersimpan surah tersebut...

dah lama sangat saya hendak menghafal surah 30 ayat ini... hanya percubaan pertama tidak menjadi... beberapa tahun yang lalu... hanya sempat menghafal beberapa ayat sahaja... pada penghujung 2009... ada azam yang kuat menyala untuk membuat percubaan kedua menghafal surah ini...

Saya start menghafal semasa saya membawa keluarga berubat d Kuala Lumpur pada November 2009... saya mula selepas solat subuh... dua atau tiga ayat sehari... saya pelajari mengapa saya gagal menghafal masa dahulu dan tiga mahu mengulanginya lagi... iaitu tamak... mahu cepat hafal.. akhirnya tak hafal..hafal...

Kemudian.. saya baca dalam solat subuh..ayat al-mulk yang saya sudah hafal...kata Tok Belagak...kayuh perlahan-lahan...

Alhamdulillah akhirnya.. pada hari ini...saya hafal jua surah yang saya sangat cintai ini... setelah melalui terlalu banyak cubaan dan dugaan yang saya hadapi...

segala puji-pujian kepada Allah yang mencipta sekelian Mahluknya... kami mohon rahmatmu ya Allah...