Saturday 16 April 2011

Tahsin Hari Kelahiran


1. Baca Surah al-Fatihah 7X, al-Falaq 7X, al-Nas 7X, Ayat Kursi 21X dan Ayat 9 dari Surah Yasin sebanyak 313X:

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لا يُبْصِرُونَ (٩)

Ertinya: Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).۝

Semua ini diamalkan selama seminggu bermula hari kelahiran kita sendiri dan afdhal pada waktu kelahiran kita. Kalau lahir pada jam 3 petang maka bermulalah dengan saat tersebut dan berterusan waktunya sampai 7 hari.

2. Kemudian bila hendak beramal dengan sesuatu amalan cukup dibaca Ayat 9 dari Surah Yasin tadi beberapa kali sebagai pendinding.

- المنقول -

2 comments:

  1. Assalamualaikum insyaAllah rahmat Allah bersama tuan, minta penjelasan perlu atau tidak siapa2 yg ingin mengamalkan Tahsin hari kelahiran ini diijazahkan terlebih dahulu? tk

    ReplyDelete
  2. Salam persaudaraan,,,

    sila berhubung terus dengan Antal Haq

    ReplyDelete