Thursday 24 May 2012

Pengalaman Tok Janggut

Pengelaman Tok Janggut dalam mengamalkan Seribu Dinar


Saya  adalah pengamal ayat seribu dinar lebih dari 20 tahun dan telah mendapat ijazah dari Almarhum guru saya Sheikh Ali Zikrul Alam seorang guru tariqat Ahmadiah.
Terlalu banyak sekali nikmat dan fadhilat yg telah saya perolehi setelah mengamalkan 1000 dinar ini yg saya amalkan secara istiqomah setiap hari tanpa putus sehingga hari ini melebihi 20 tahun.


Antaranya:-

1. Membina rumah saya sendiri tanpa berhutang dengan harga hampir RM100,000.00

2. Pernah pada waktu pagi wang dlm poket saya ada 45 sen dan wang dlm akaun bank ada 16 sen tapi pada waktu ptg saya dapat RM400.00

3. Keganjilan secara tiba-tiba saya boleh tukang rumah walaupun saya tidak pernah bertukang seumur hidup dan dapat memasang syiling rumah,pasang tile dan lain-lain kerja tukang sampai siap rumah saya.

4. Pernah pakai kereta mewah dan pernah juga pakai motor buruk sahaja dan tak merasa apa-apa kekurangan dan sgt selesa walau pakai motor buruk sahaja pergi pejabat.

5. Boleh bercakap di khalayak ramai seorang diri selepas Isyak sampai ke azan Subuh dan org yg mendengar tak mampu utk balik dan hanya terpaku mendengar sahaja.

6. Bermimpi kembali ke zaman silam ke negara Brunei Darussalam sekitar tahun 1930an dan mimpi bertemu dgn seorang lelaki Islam di sebuah Masjid di Brunei dan menyuruh saya membaca ayat 1000 dinar dan beliau mengesahkan bahawa bacaan saya betul.

7. Bermimpi jugak kembali ke zaman silam ke negara China di zaman Dinasti yg org lelakinya berambut panjang dan dari mimpi ini saya dapat melihat molekul-molekul air ada huruf-huruf dan ayat dlm Al-Quran sgt banyak dan terus saya menangis sampai saya sedar dari mimpi pun masih menangis-nangis tanpa henti.

8. Bermimpi jugak melihat bergantungan ayatul Kursi di sekeliling langit

9. Banyak sekali memulihkan org-org yg kerasukan jin dan syaitan

10. Mudah berjumpa dan berbicara dan berurusan dgn sesiapa sahaja tak kira miskin kaya.

11. Hati kita mudah tersentuh melihat kepada org yg cacat,miskin dan sgt mudah memberi bantuan kepada mereka walaupun sedikit sbb rezeki kita perolehi ada hak org lain di dalamnya.

12.Tidak takut jd miskin atau susah.Tidak akan menyusahkan org lain walaupun dlm kesusahan sbb yakin Allah akan hantar bantuan kepada kita.

13.Selalu terjumpa pengamal ayat ini dan mereka macam kenal dgn saya.walhal saya tak pernah jumpa mereka seumur hidup.

14. Setiap hari ada sahaja org nak ajak makan minum walaupun saya cuba lari tak mahu org belanja saya dan selalu makanan di bayar oleh org yg saya tak kenal.

15. Dapat menghafal segala ayat-ayat yg lain dgn cepat dan mudah.

16. Kalau mahukan sesuatu maka dgn mudah sekali dapat samada secara percuma atau murah saja tetapi saya selalu tidak suka org beri percuma.Mcm nak makan sesuatu tak lama ada saja yg menghantarnya ke rumah.
Ini semua hanya Allah yg atur hanya Allah yg memberi dan MahaHebat itu adalah Allah bukan saya sebagai manusia yg sgt sikit ilmunya.Bersyukur kepada Allah kerana telah memberi nikmat yg sgt banyak kepada saya dlm waktu yg sgt singkat hidup saya di muka bumi ini.Ketahuilah yg kekal dan abadi ialah hidup selepas dibangkitkan semula nanti.Bumi ini hanya persinggahan yg sementara sahaja.
Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.

Sumber dari Open Book

No comments:

Post a Comment