Tuesday 31 July 2012

Lama terlantar dikatil

Nenek tua itu sdh lama terlantar dikatil... tidak boleh lagi berkata-kata..kurus kering... mata sentiasa tertutup... hanya sebelah tangan kiri sahaja boleh digerakan... mungkin sdh berubat kesana kemari namun belum jua ada perubahannya...

kami pun dipanggil untuk merawat...  apabila sahaja melihat orang tua itu...hati terdetik... ada yang menghalang orang tua ini menemui Tuhannya... saya awal awal lagi minta mereka mengeluarkan sebarang azimat, keris, cincin atau apa saja yang berkaitan dgn nya..

sah! salah seorang anak tersebut mengeluarkan beberapa buah keris lama dan azimat... disambut oleh sahabat.. bila di scan..memang sah beberapa keris dan azimat itu berpenghuni... aku pun mulakan scanning... hmm.. ada pergerakan tapi tak lebih dari itu... kami mulakan membaca Yassin dan zikir beramai-ramai...dan diteruskan dgn merawat nenek tersebut... ada beberapa tindak balas... bila air zikir itu diminumkan... keluar suara nenek tersebut... tapi keadaan masih tidak berubah... kami pun pulang...

Dua hari kemudian... kami terima berita keluarga... nenek tua itu kembali Kerahmatullah... Inalillah... 


No comments:

Post a Comment