Thursday 11 February 2010

Petua Kesihatan bagi Lelaki

Petua yang saya petik dari http://desirombak.blogspot.com/


1. Petua awet muda & kesihatan

Amalkan minum air putih/mineral sebaik saja bangun dari tidur.

Sila Baca, teguk air pertama: i) Bismillahhirrahmaanirrahim
teguk air kedua : ii) Lailahaillallah
teguk air ketiga : iii) Alhamdulillah
..dan terus habiskan baki air yang selebihnya. InsyaAllah.

2. Amalkan mencuit/merasa sedikit garam sebelum makan. Ini baik untuk kesihatan perut.

3. Amalkan memakan/minum sedikit madu asli setiap hari.

4. Jangan kencing berdiri, biasanya air kencing tidak akan tos habis dan ianya juga boleh melemahkan anu anda.

Seterusnya amalkan senaman tua setiap pagi sejurus saja bangun dari tidur. Ini sebahagian dari senanaman tua, bahagian terlentang. Baik untuk pinggang, kaki dan regangan saraf-saraf utama sekaligus membolehkan anda "mengangkat" dua biji kelapa...TuuuUuuutttttt...


Senam 1

-Tarik nafas, tegakkan lutut dan angkat pinggang keatas

-Tahan nafas untuk seketika, lepas nafas dan turunkan pinggang kebawah secara perlahan-lahan

- Ulang beberapa kali




Senam 2

-tarik nafas, angkat lutut silangkan kaki dan tarik kearah badan sehingga kedudukan punggung ternaik sedikit.

-tahan nafas seketika, turunkan kaki perlahan-lahan sambil melepaskan nafas

-ulang beberapa kali




Senam 3

-Tarik nafas, angkat kaki dalam betuk L, jatuhkan kaki kesebelah kiri perlahan-lahan (tanpa mengerakkan kepala) dan lepaskan nafas

-Ulang sekali lagi disebelah kanan.

-Ulang beberapa kali




Senam 4.

-Tarik nafas, angkat kaki lurus dan gerakkan pergelangan kaki.

-Lepaskan nafas, ulang beberapa kali.


Sekian, sedikit ilmu untuk dikongsi bersama....Adioooss

3 comments:

  1. salam,
    saya baru jumpa blog anda lepas merayau di Darul Saka.

    Senaman tua kelihatan sama dgn senaman Pilates. Anda ade senaman yang lengkap? saya berminat mengamalkannya.

    ReplyDelete
  2. maaf.. terus terang saya ambil senaman ini dari petikan http://desirombak.blogspot.com/

    tapi memang saya ada senaman tua yang lengkap tapi saya hanya amalkan part-part yang penting saya..

    ReplyDelete
  3. namun saya pernah terjumpa satu buku lengkap mengenai senaman tua berjual di kawasan masjid India... `panduan senaman silat Melayu Asli`..saya membelinya pada tahun 2006... mungkin ada masih dipasaran..

    ReplyDelete