Sunday 10 June 2012

Pokok berhantu

Waktu dah menunjukan hampir tengah malam... kami baru sampai ke rumah yang hendak diguris... ada gangguan kepada penghuni rumah tersebut dan mungkin puncanya dari sebuah pokok yg berhampiran kira-kira 50 meter dari rumah tersebut...

bila sampai sahaja ke rumah tersebut... berdiri seluruh bola roma..hmm...memang hebat dan dahsyat... kami tak pernah mengelami perkara sebegini... kami scanned... hmm... aura hitam itu berasal dari sebuah pokok... lebih kurang 50 meter...

pokok itu sungguh tinggi...sudah mati beberapa tahun... tapi masih gagah berdiri... projek pembesaran saliran parit tergendala disebabkan pokok itu... ramai pekerja jatuh sakit... engin rosak.. kejiraan pun ditimpa musibah...sakit...

kami menghampiri pokok itu... terasa semakin tekanan kami rasakan... syukur kami beramai... aura baik tak akan dikalahkan... salah seorang dari kami tak berani menghampiri pokok itu... dia hanya melihat dari jarak 20 meter... dia memang boleh `melihat` dengan mata batin... dia tahu apa ada dipokok itu tapi dirahsiakanya... dia tahu apa yang tersimpan di sebuah rumah tu baik dalam atau dibawah tanah rumah tersebut...

kami pun mula berzikir di dalam rumah...memohon perlindungan pada Illahi... beberapa kejadian aneh kami rasakan... senior saya terlihat beberapa kalibat lembaga hitam di dalam rumah... saya pun 2 kali dikejutkan oleh sesuatu ketika berzikir... kedua-duanya ketika saya hampir lalai...hingga saya terkejut dan kembali focus pada zikir...

kami benteng rumah tersebut...dan lalu menyerang pokok tersebut.... ternyata aura hitam pada pokok itu sdh berkurangan selepas zikir dan semakin berkurang ketika serangan dibuat....

Ya Allah! semoga bantuan Mu sentiasa Kau berikan kepada kami...dan lindungilah kami...amin

No comments:

Post a Comment