Thursday 9 December 2010

SEJARAH 10 MUHARRAM


Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:


+ Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
+ Diterima taubat
Nabi Adam a.s.
+ Dicipta
Adam a.s.
+ Dimasukkan
Adam a.s ke dalam syurga.
+ Dicipta
arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
+ Dilahirkan
Nabi Ibrahim a.s.
+ Selamat
Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
+ Selamat
Musa dan pengikutnya.
+ Lemas Firaun.
+ Dilahirkan
Nabi Isa a.s.
+ Diangkat
Nabi Isa kelangit.
+ Diangkat
Nabi Idris ke langit.
+ Mendaratnya k
apal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
+
Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
+ Dikeluarkan
Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
+
Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
+ Dikeluarkan
Nabi Yusuf daripada telaga buta.
+ Disembuhkan
Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
+
Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :


1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti


3. Menahan marah. Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha


4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat. Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah

Taala.


9. Bercelak. Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti


11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru”. Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini


13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Niat Puasa – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


No comments:

Post a Comment