Sunday 16 January 2011

Bismillah Lima


بسم الله الرحمن الرحيم، بِسْمِ اللهِ الشَّافِي، بِسْمِ اللهِ الكَافِي، بِسْمِ اللهِ الْمُعَافِي، بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dengan nama Allah yang Penyembuh, Dengan nama Allah yang Mencukupi Segalanya, Dengan nama Allah yang Pemaaf, Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat pada sesiapa yang berlindung dengan namanya samada kejahatan di bumi maupun di langit, Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Dinamai Bismillah Lima kerana ada lima Basmalah di awal rangkapnya. Elok diamalkan bersama Bismillah Enam sebagai menstabilkan limpahan energi Bismillah Enam yang menyebabkan kesan sampingan seperti tapai menjadi tawar, tabiat ragi tidak berfungsi. Amalan bersama Bismillah Lima dan Bismillah Enam menjadikan segala racun menjadi tawar dan tidak akan memberi mudarat kalau tersalah minum. Semuanya dengan izin Allah jua.

Ayat..

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ

...ada disebut dalam Hadith Sahih. Baca pagi dan petang terlindung ia dari musibah.

Manfaat:

  1. Penawar bisa diri.
  2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
  3. Penawar bisa-bisa badan.
  4. Penawar bisa batu merian.
  5. Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara berubat:

1. Letak tangan ditempat sakit, tarik nafas dan tahan, baca Bismillah Lima 7X ditempat sakit dan tiup ditempat sakit dan di air.

Kaifiat Khusus:

  1. Wiridkan sebanyak 6666X selama 3hari.
  2. Setelah khatam amalkan 3X pagi 3X malam. Insya Allah segala kelebihan Bismillah Lima akan terhimpun dalam tubuh pengamal.

Sumber:
1. Dr. Haron Din & Dr. Amran Kasimin. Sebahagian Daripada Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran & As-Sunnah. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1998.
2. Orang Perseorangan.

¤ Sebahagian amalan perlu berguru sebagai rujukan jikalau berlaku kontradiksi dalam tempoh beramal.

Rujukan AntalHaq

No comments:

Post a Comment