Thursday 13 January 2011

Ratib Haddad

Saya mula mengenal Ratib Haddad pada awal tahun 2005... saya ingat tarikh ini kerna saya sempat mencantitnya di kitab Ratib... saya tak lah mengamalkan dengan istiqmah... itu lah kekurangannya... istiqamah...

dahulu saya pernah contact Syed Ahmad Semait di Singapore..iaitu salah seorang pengamal dan pengarang buku Syarah Ratid Haddad..tujuannya adalah untuk minta diijazahkan ratib itu... beliau hanya cakap itu ijazah untuk umum...

Alhmadulillah..baru semalam... secara tidak senghaja berjumpa pengamal Ratid ini yang telah dijazahkan beberapa tahun yang lalu dari seorang Syeikh... hmm... dia berjanji akan membawa saya berjumpa dan dijazah dari Syeikh itu nanti bila beliau datang ke Brunei nanti..

kenapa susah mencari pengamal Ratib Haddad di Brunei?... kerna hampir semua masjid dan ustaz adalah pengamal Ratid Al-Attas... kirakan Haddad itu dagang di sisi... namun hati saya dan jatuh cinta dengan Haddad... bukanya fanatic... tapi bila dah serasi dgn sesuatu makan payahlah untuk memisahkannya...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...di pagi Jumaat yang mulia dan berkah ini...bergemalah zikir-zikir dari Ratib Haddad di rumah saya...segala puji bagi Allah yang maha Agung...telah membangkitkan semangat Ratib Haddad di dada saya...semoga istiqamah jua..amin..

1 comment:

  1. salam ....gembira dapat berjumpa kat sini ...kita adalah saudara pengamal ratib haddad ;)

    ReplyDelete